Al-Qur'an: satu pendekatan saintifik / Che Haslina Abdullah

Agama dan Sains sering dianggap oleh sesetengah golongan sebagai dua bidang yang terpisah. Agama lebih menjurus ke arah hal-hal yang berhubung dengan ukhrawi sedang sains pula lebih menfokuskan kepada soal-soal keduniaan. Pandangan negatif ini sebenarnya adalah disebabkan pengaruh Dualisme Barat di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Che Haslina (Author)
Format: Book
Published: 2003.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Agama dan Sains sering dianggap oleh sesetengah golongan sebagai dua bidang yang terpisah. Agama lebih menjurus ke arah hal-hal yang berhubung dengan ukhrawi sedang sains pula lebih menfokuskan kepada soal-soal keduniaan. Pandangan negatif ini sebenarnya adalah disebabkan pengaruh Dualisme Barat di mana ideologi ini telah menular ke dalam pemikiran umat Islam sejak berkurun lamanya. Pada hakikatnya sains bermaksud ilmu pengetahuan yang mencakupi dua dimensi iaitu ilmu yang berkaitan dengan keduniaan dan keakhiratan. Manakala agama Islam ialah deen yang diturunkan oleh Allah S.W.T menerusi al Qur'an iaitu Kalam Allah yang merangkumi segala fenomena alam fizik dan metafizik. Di dalam kertaskerja ini akan dibentangkan keselarian beberapa contoh ayat al-Qur' an al-karim dan fakta sains kerana al-Qur'an merupakan kitab maktubah sementara sains (alam fizikal) ini adalah kitab maftuhah. Di dalam Islam tidak ada pertentangan antara sains dan agama (al-Qur'an) kerana sains ialah usaha manusia melalui kekuatan akal budinya untuk memahami kenyataan alam tabi'i. AI-Qur'an (ayat Qur'aniyyah) adalah pembukuan segenap ayat alam semesta (ayat kauniyah) di dalam satu 'al-Kitab'. Kedua-dua ayat ini saling mentafsir. Pentafsiran yang satu terhadap yang lainnya tidak akan pernah berlawanan kerana keduanya berasal daripada Allah S.W.T; yang pertama Firman Allah dan keduanya ciptaan Allah S.W.T.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58370/1/58370.PDF