Analisis terhadap keberkesanan program mentor mentee "Kudup Akan Berkembang" Fakulti Pengurusan Perniagaan / Hasnizawati Hashim ...[et al.]

Program Mentor Mentee - "Kudup Akan Berkembang", Fakulti Pengurusan Perniagaan ini adalah lanjutan dari sistem penasihat akademik UiTM yang sedang digunapakai. Program yang dijalankan ini lebih memfokuskan kepada pelajar-pelajar yang mendapat CGPA<2.3. Kesemua mereka ini dibimbing sepen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hashim, Hasnizawati (Author), Ahmad Zayadah, Mazlina (Author), Suhaimi, Mazlina (Author), Mustapha, Musramaini (Author), Laton, Mohd Zahid (Author), Ahmad Zaini, Azniza (Author), Majid, Azeman (Author), Mat, Mustafa Kamal (Author)
Format: Book
Published: 2009.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program Mentor Mentee - "Kudup Akan Berkembang", Fakulti Pengurusan Perniagaan ini adalah lanjutan dari sistem penasihat akademik UiTM yang sedang digunapakai. Program yang dijalankan ini lebih memfokuskan kepada pelajar-pelajar yang mendapat CGPA<2.3. Kesemua mereka ini dibimbing sepenuhnya oleh 4 orang pensyarah (mentor) yang berorientasikan kepada peningkatan akademik pelajar. Sehubungan itu, pelbagai program seperti program motivasi dan pertemuan bersama mentor diadakan untuk mengetahui mengenai prestasi pelajar dari semasa ke semasa. Setelah lebih 2 semester dijalankan, program Mentor Mentee (Kudup Akan Berkembang) ini didapati banyak memberikan manfaat bukan setakat kepada kedua-dua pihak pelajar dan pensyarah malahan akan dapat meningkatkan tahap akademik pelajar FPP walaupun banyak halangan yang dihadapi. Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada penilaian terhadap keberkesanan program ini. Analisis data akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu penilaian program motivasi oleh mentee, penilaian keseluruhan program Mentor Mentee - Kudup Akan Berkembang dan penilaian berdasarkan kepada keputusan peperiksaan mentee. Cadangan penambahbaikan akan dikemukakan sebagai salah satu dari usaha untuk memberikan nilai tambahan agar Program Mentor Mentee - Kudup Akan Berkembang akan dapat memberikan manfaat kepada pelajar, mentor, fakulti mahupun UiTM secara amnya.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59351/1/59351.PDF