Penggunaan statistik dalam penyelidikan / Nooreha Husain

Dari satu sudut, penyelidikan dapat ditakrifkan sebagai satu objektif mencari bahan dan fakta baru termasuk tafsiran yang munasabah. Penyelidikan juga adalah hasil dan pencarian ilmu pengetahuan yang berterusan, penggunaan secara praktik akan kesimpulan sains serta secara pemerhatian, bagi memastika...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Husain, Nooreha (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, 1990.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dari satu sudut, penyelidikan dapat ditakrifkan sebagai satu objektif mencari bahan dan fakta baru termasuk tafsiran yang munasabah. Penyelidikan juga adalah hasil dan pencarian ilmu pengetahuan yang berterusan, penggunaan secara praktik akan kesimpulan sains serta secara pemerhatian, bagi memastikan kesahihan maklumat yang telah diperolehi. Disini kaedah statistik dapat memberikan sumbangan yang besar dalam membantu penyelidikan, contohnya eksperimen dan penyelidikan yang menggunakan kaedah tinjauan selalunya memaksa kita menggunakan ilmu statistik. Statistik merupakan satu kaedah penyelidikan sistematik yang membawa kepada keputusan yang lebih jitu dan mantap. Ia juga adalah satu kaedah saintiflk yang digunakan untuk mengumpul, merancang, merangka dan menganalisa data serta membuat keputusan yang 'logik dan munasabah berdasarkan kepada analisa tersebut. Walau apapun, sebenarnya kaedah statistik mementingkan semua kesudahan yang mungkin terjadi dalam semua penyelidikan yang dijalankan. Pada masa ini, penggunaan komputer yang meluas juga telah mempengaruhi pelbagai bidang termasuklah mempengaruhi pemikiran ahli-ahli statistik dimana mereka perlu menyelaraskan semua kaedah-kaedah statistik dengan waras supaya bersesuaian dengan penggunaan komputer. Ini akan dapat memberi pencapaian yang lebih baik dalam satu-satu penyelidikan yang dijalankan. Skop dan konsep interpretasi data dalarn statistik gunaan secara kasanya terbahagi kepada dua jenis iaitu deskriptif dan inferensi/induktif. Statistik deskriptif lebih menitikberatkan penyusunan data yang dikumpul dan tidak ada sebarang langkah yang diambil kearah penyeluruhan tersebut. Sebarang perlakuan data yang membenarkan ramalan atau ertian berkenaan sesuatu set data yang lebih besar dikumpulkan dibawah bidang statistik inferensi.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61046/1/61046.PDF