Bangunan Menara Ilmu

Bangunan MenaraI lmu telah dibina pada tahun 1972 oleh pihak JKR dan direkabentuk oleh arkitek tempatan yang dikenali sebagai Y.Bhg. Dato' Zahani Tan Sri Ahmad (Ahli Lembaga Pengarah ITM/ UiTM sehingga 16 Oktober 2010). Gaya rupa bangunan adalah mengikut ekspresi brutalist yang dikembangkan ole...

Description complète

Enregistré dans:
Détails bibliographiques
Auteur principal: Perpustakaan Tun Abdul Razak, Jabatan Arkib Universiti (Auteur)
Format: Livre
Publié: 2018.
Sujets:
Accès en ligne:Link Metadata
Tags: Ajouter un tag
Pas de tags, Soyez le premier à ajouter un tag!
Description
Résumé:Bangunan MenaraI lmu telah dibina pada tahun 1972 oleh pihak JKR dan direkabentuk oleh arkitek tempatan yang dikenali sebagai Y.Bhg. Dato' Zahani Tan Sri Ahmad (Ahli Lembaga Pengarah ITM/ UiTM sehingga 16 Oktober 2010). Gaya rupa bangunan adalah mengikut ekspresi brutalist yang dikembangkan oleh arkitek British sekitar lewat 1960an, ilham pendekatan arkitek Perancis Le Corbusier (1889-1965). Bangunan setinggi 14 tingkat ini keseluruhannya dibina daripada konkrit tetulang tanpa lepa sebagai bahan struktur dan kemasan utama (mengikut konsep Beton Brut iaitu raw/ naked concrete). Bahagian fasad bangunan yang menghadap ke Selatan-Utara juga direka dengan sisipan konkrit sebagai alat penghadang cahaya yang turut menyamai konsep Brise Soleil oleh Le Corbusier sementara fasad Timur-Barat direka dengan bukaan tingkap yang minima. Struktur umumnya berdasarkan tiang dan alang dan ruang paras tanah dibiarkan bebas sebahagiannya melalui penggunaan tiang-tiang konkrit tetulang dan dijadikan ruang concour sehingga kini. Idea ini juga menyerupai pendekatan Le Corbusier menggunakan tiang konkrit gergasi yang digelar pilotis bagi membebaskan ruang paras tanah untuk kegunaan rekreasi atau aktiviti umum. Ruang dalaman pula disusun atur di kiri-kanan sebuah koridor tengah selebar 2.4 meter.
Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61492/1/61492.pdf