Memandiri usahawan melalui model MLC berteraskan Islam / Prof. Madya Dr. Selamah Maamor and Mohamad Naim Abd Halim

Ujian Covid-19 kepada seluruh dunia telah diharungi lebih setahun dan walaupun dunia telah menemukan vaksin, namun kebanyakan negara masih berhati-hati dengan situasi ini. Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih diteruskan mengikut kesesuaian kes sem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Maamor, Selamah (Author), Abd Halim, Mohamad Naim (Author)
Format: Book
Published: 2021.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ujian Covid-19 kepada seluruh dunia telah diharungi lebih setahun dan walaupun dunia telah menemukan vaksin, namun kebanyakan negara masih berhati-hati dengan situasi ini. Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih diteruskan mengikut kesesuaian kes semasa termasuklah di Malaysia. Justeru, kesan penularan pendamik ini makin dirasai sehingga ada yang mengibaratkannya sebagai 'datangnya seperti ribut, perginya seperti semut'. Semua lapisan masyarakat terkesan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, tidak kira yang tua, muda, bekerja, penganggur, peniaga, suri rumah, usahawan kecil, sederhana mahupun ahli korporat. Mahu atau tidak semua perlu mengharunginya bersama demi kelangsungan hidup masing-masing. Usahawan kecil adalah antara golongan paling terkesan kerana kehilangan punca pendapatan akibat tidak dapat menjalankan perniagaan atau aktiviti ekonomi. Kebanyakan mereka tidak bersedia menghadapi situasi ini apatah lagi untuk mengubah strategi perniagaan mereka dalam masa yang singkat seperti daripada secara bersemuka kepada bentuk atas talian dengan mengikut Standard Operation Procedure (SOP) yang ketat. Selain daripada peningkatan kos operasi, mereka juga berhadapan dengan kemerosotan jualan, kehilangan pekerja dan terpaksa pula belajar menjual menggunakan platform digital iaitu secara atas talian. Justeru, ketahanan mental sangat penting dalam menghadapi situasi kritikal ini.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65042/1/65042.pdf