Tinjauan insiden-insiden kes serangan ke atas bangunan- bangunan Balai Polis Diraja Malaysia: Pencerobohan ke atas bangunan keselamatan / Zahardi Zaharin ... [et al.]

Menyedari kepentingan pasukan polis dalam membantu mewujudkan situasi terkawal, dan selamat, bagi melindungi ketenteraman dan kesejahteraan awam, maka bangunan-bangunan balai polis dibina (di seluruh dunia) bertujuan menempatkan pusat operasi dan pentadbiran pasukan, dan Malaysia tidak terkecuali. N...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zaharin, Zahardi (Author), Nordin, Jestin (Author), Mohd Salleh, Mohd Najib (Author), Abdul Samad, Muna Hanim (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Perak, 2022-08.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Menyedari kepentingan pasukan polis dalam membantu mewujudkan situasi terkawal, dan selamat, bagi melindungi ketenteraman dan kesejahteraan awam, maka bangunan-bangunan balai polis dibina (di seluruh dunia) bertujuan menempatkan pusat operasi dan pentadbiran pasukan, dan Malaysia tidak terkecuali. Namun, seiring dengan peningkatan cabaran ancaman jenayah moden yang semakin canggih dan terancang, persoalan timbul sama ada reka bentuk balai-balai polis di Malaysia masih mampu berfungsi sebagai sebuah bangunan keselamatan yang sepatutnya 'kebal' dari ancaman pencerobohan keselamatan berdasarkan Arahan Keselamatan? Berdasarkan sejarah, Malaysia merakamkan beberapa insiden berdarah apabila beberapa balai polis diserang pihak pengganas komunis, pelampau, serta insiden kecuaian dan salah laku anggota dan pegawai yang mampu membuka peluang pencerobohan keselamatan ke atas balai-balai polis Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang terlibat. Kertas kerja ini mengumpul dan membina kronologi insiden-insiden pencerobohan keselamatan yang berlaku ke atas balai-balai polis PDRM bertujuan sebagai rujukan silang bagi mengenal pasti sela masa, jenis serangan, penyerang, dan akibat terhadap bangunan, supaya tindakan pencegahan boleh dirangka bagi mencegah risiko ancaman pencerobohan keselamatan balai polis pada masa hadapan. Kronologi insiden pencerobohan keselamatan ke atas balai-balai polis PDRM ini didapatkan melalui proses semakan laman sesawang rasmi PDRM, dokumentari, laporan akhbar, liputan berita televisyen, media massa, dan laman sesawang peminat sejarah, serta temuramah ke atas anggota dan bekas anggota PDRM. Dapatan awal kajian mendapati bahawa insiden-insiden serangan pencerobohan keselamatan di beberapa balai polis PDRM ini adalah dalam kategori kemusnahan total dan mematikan (berlaku pada tahun-tahun Darurat di Malaya). Walau bagaimanapun hanya kejadian berskala kecil dilaporkan selepas Darurat, namun, kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku ke atas sebuah bangunan keselamatan.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65500/1/65500.pdf
Tinjauan insiden-insiden kes serangan ke atas bangunan- bangunan Balai Polis Diraja Malaysia: Pencerobohan ke atas bangunan keselamatan / Zahardi Zaharin ... [et al.]. (2022) Malaysian Journal of Sustainable Environment (MySE) <https://ir.uitm.edu.my/view/publication/Malaysian_Journal_of_Sustainable_Environment_=28MySE=29/>, 9 (2). pp. 83-106. ISSN 0128-326X