Melahirkan graduan yang mampu mengisi kekosongan di pasaran pekerjaan masa kini satu cadangan / Mohd Kamal Harun

Antara masalah yang sering ditimbulkan dewasa ini, ialah kemampuan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) untuk melahirkan graduan-graduan yang boleh dipasarkan di dalam pasaran pekerjaan yang ada. Kajian yang telah dibuat oleh Malaysian Institute of Economic Research (MIER) menunjukkan graduan...

Volledige beschrijving

Bewaard in:
Bibliografische gegevens
Hoofdauteur: Harun, Mohd Kamal (Auteur)
Formaat: Boek
Gepubliceerd in: Universiti Teknologi MARA, Pahang, 1991.
Onderwerpen:
Online toegang:Link Metadata
Tags: Voeg label toe
Geen labels, Wees de eerste die dit record labelt!
Omschrijving
Samenvatting:Antara masalah yang sering ditimbulkan dewasa ini, ialah kemampuan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) untuk melahirkan graduan-graduan yang boleh dipasarkan di dalam pasaran pekerjaan yang ada. Kajian yang telah dibuat oleh Malaysian Institute of Economic Research (MIER) menunjukkan graduan graduan IPT masa kini tidak lagi mempunyai kebolehan dan kemampuan yang diperlukan untuk dipasarkan. Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Jabatan Gunatenaga Manusia bertajuk "Malaysian Employment Trend" pula, para majikan kini gagal mengisi kekosongan yang ditawarkan, bukan kerana tiada permintaan, tetapi kerana pemohon-pemohon tidak dapat memenuhi syarat-syarat kelayakan lain yang dikehendaki, walaupun telah mempunyai kelayakan asas. Sementara itu Tan Sri Abd. Aliz b. Abd. Rahman pula menambah, graduan yang memiliki ijazah dan kelayakan profesional masih mempunyai kekurangan dari segi kebolehan dan kesanggupan yang diperlukan oleh sektor swasta. Situasi di atas merupakan senario pasaran pekerjaan yang sedang dihadapi oleh negara kita masa kini. Antara sebab utama yang telah dikenal pasti berlakunya situasi ini, ialah kerana terjadinya jurang perbezaan di antara permintaan jenis keupayaan dengan penawaran tenaga kerja yang ada. Ini adalah kerana program pembangunan pesat yang sedang dilalui oleh negara masa kini ,telah menyebabkan perubahan yang mendadak dalam "trend" permintaan jenis-jenis keupayaan dari seseorang individu di satu-satu sektor pekerjaan sehingga menyebabkan para graduan tertinggal dari segi latihan yang sepatutnya diperlukan dalam bidang pekerjaan. Sehubungan itu, kita sebagai sebuah institusi pengajian yang terlibat secara langsung di dalam menyediakan tenaga kerja yang diperlukan ini, seharusnyalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam usaha untuk merapatkan jurang perbezaan yang telah dinyatakan tadi.
Beschrijving item:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66112/1/66112.PDF