Konsep adab melalui strategi pembelajaran heutagogi dan mediamorphosis di institusi pengajian tinggi / Ruzainim Mohd Zelani ... [et al.]

Penularan wabak Covid-19 memberikan impak terhadap sektor pendidikan negara. Ini menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka di semua Institusi Pendidikan Tinggi ditangguhkan. Inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengarahkan semua aktiviti (PdP) hendaklah dilaksan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Zelani, Ruzainim (Author), Mohd Borhan, Norhapizah (Author), Masriman, Ainun Izzati (Author), Abdul Rahim, Tijan (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Pahang, 2022-07.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penularan wabak Covid-19 memberikan impak terhadap sektor pendidikan negara. Ini menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka di semua Institusi Pendidikan Tinggi ditangguhkan. Inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengarahkan semua aktiviti (PdP) hendaklah dilaksanakan secara dalam talian. Arahan ini menekankan strategi heutagogi iaitu pembelajaran penentuan kendiri menggunakan mediamorphosis (peranti teknologi digital). Melihat kepada situasi semasa, keperluan (PdP) menggunakan pendekatan heutagogi dan mediamorphosis ini amat mengutamakan elemen adab seseorang pelajar. Persoalannya, bagaimanakah pelajar mempraktikkan adab semasa pembelajaran secara penentuan kendiri mereka? Seterusnya, apakah aspek yang menjadi fokus dalam pengajaran berasaskan strategi heutagogi-mediamorphosis? Akhirnya, kajian ini akan merumuskan elemen-elemen adab untuk dipraktikkan oleh pelajar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melakukan kajian sistematik literatur mengenai konsep adab melalui strategi pembelajaran heutagogi dan mediamorphosis di Institusi Pengajian Tinggi. Proses tinjauan merangkumi metodologi utama yang dipandu oleh ROSES, strategi pencarian sistematik berdasarkan pengenalan, penyaringan artikel diikuti dengan penilaian kualiti serta pengekstrakan dan analisis data. Artikel ini menggunakan tiga pangkalan data iaitu, MyCite, DOAJ dan ERIC. Kesimpulannya, 37 artikel yang terpilih ini diharapkan dapat menyumbang kepada pemahaman dan pengetahuan tentang konsep adab yang dipraktikkan oleh pelajar melalui strategi pembelajaran heutagogi dan mediamorphosis di Institusi Pengajian Tinggi.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67887/1/67887.pdf