Kepimpinan transformasi Islam melahirkan pekerja kreatif / Nurshahira Ibrahim ... [et al.]

Kepimpinan transformasi Islam merupakan satu agen perubahan dalam menperkasakan pengurusan organisasi ke arah yang lebih kompeten dan kehadapan. Gaya kepimpinan ini berupaya mengimbangi aspek islam dalam kepimpinannya menerusi empat elemen utama iaitu pengaruh ideal, pertimbangan individu, rangsanga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim, Nurshahira (Author), Ismail, Azman (Author), Md Sham, Fariza (Author), Kithuru Mohamed, Nur Asilah (Author), Salim, Siti Salwa (Author), Jaafar, Abu Bakar (Author), Wan Ahmad, Wan Azmi (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Pahang, 2022-07.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kepimpinan transformasi Islam merupakan satu agen perubahan dalam menperkasakan pengurusan organisasi ke arah yang lebih kompeten dan kehadapan. Gaya kepimpinan ini berupaya mengimbangi aspek islam dalam kepimpinannya menerusi empat elemen utama iaitu pengaruh ideal, pertimbangan individu, rangsangan intelek dan inspirasi motivasi. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengukur perhubungan diantara gaya kepimpinan transformasi berdasarkan empat elemen (pengaruh ideal, pertimbangan individu, rangsangan intelek dan inspirasi motivasi) dan kreativiti pekerja dengan mengaplikasikan pendekatan Islam dalam menguruskan organisasi. Kajian ini menggunakan 200 borang soal selidik yang diperolehi daripada pekerja yang bekerja di Perbankan Islam, Malaysia. Analisis model laluan Smart Partial Least Squares (SmartPLS) telah digunakan untuk melakukan pengujian hipotesis. Kajian ini menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi berdasarkan empat elemen (pengaruh ideal, pertimbangan individu, rangsangan intelek dan inspirasi motivasi) mempunyai hubungan yang positif dan signifikan terhadap kreativiti pekerja. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mengesahkan bahawa kepimpinan transformasi merupakan salah satu penentu yang penting terhadap kreativiti pekerja. Selanjutnya, perbincangan, implikasi dan kesimpulan dihuraikan dalam kajian ini.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67911/1/67911.pdf