Kelestarian dan pelestarian tulisan jawi dalam kalangan mahasiswa / Nor Aziah Abd. Kadir, Khalid Mat Pardi and Nurul Afzan Najid

Tulisan Jawi merupakan warisan peradaban Melayu yang telah diadaptasi daripada abjad-abjad Arab dan disesuaikan dengan sebutan bahasa Melayu. Hasilnya, tulisan Jawi berkembang pesat dalam alam Melayu selaras dengan perkembangan agama Islam dan seterusnya menjadi satu alat untuk merakam segala aktivi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd. Kadir, Nor Aziah (Author), Mat Pardi, Khalid (Author), Najid, Nurul Afzan (Author)
Format: Book
Published: 2015.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tulisan Jawi merupakan warisan peradaban Melayu yang telah diadaptasi daripada abjad-abjad Arab dan disesuaikan dengan sebutan bahasa Melayu. Hasilnya, tulisan Jawi berkembang pesat dalam alam Melayu selaras dengan perkembangan agama Islam dan seterusnya menjadi satu alat untuk merakam segala aktiviti pentadbiran, keagamaaan, kesusasteraan dan sebagainya. Penggunaan tulisan Jawi secara formal turut diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara melalui subjek Pendidikan Islam bagi peringkat sekolah rendah dan menengah. Namun, penguasaan tulisan Jawi kelihatan semakin menipis dalam kalangan masyarakat Melayu terutama generasi muda (mahasiswa) sekarang yang dikatakan kurang berminat dengan tulisan Jawi (Shitiq & Mahmud, 2010). Selain itu, pengaruh sistem pendidikan barat di Tanah Melayu pada abad ke-18 dan ke-19, Akta Pendidikan Kebangsaan 1963 yang menetapkan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi kebangsaan dan kurangnya bahan bacaan dalam tulisan Jawi turnt menyumbang kepada permasalahan ini. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kelestarian penggunaan tulisan Jawi bagi lepasan sekolah dalam kalangan mahasiswa. Hasil kajian mendapati kelestarian tulisan Jawi dalam kalangan mahasiswa adalah sangat rendah dan sukar atas faktor-faktor persekitaran universiti yang kurang menggalakkan.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67921/2/67921.PDF