Jalinan keintiman hubungan dalam komunikasi melalui Instant Messaging di kalangan remaja / Zauridah Abdul Hamid, Zuraidah Abu Talib and Syamsul Anuar Ismail

Terdapat satu program berbual yang popular pada masa kini dikenali yang sebagai Instant Messaging (IM). IM merupakan satu rangkaian Internet yang membolehkan perbincangan masa nyata atau real-time conference iaitu suatu perhubungan dalam talian di mana semua orang dari seluruh pelosok dunia boleh be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Hamid, Zauridah (Author), Abu Talib, Zuraidah (Author), Ismail, Syamsul Anuar (Author)
Format: Book
Published: 2008.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Terdapat satu program berbual yang popular pada masa kini dikenali yang sebagai Instant Messaging (IM). IM merupakan satu rangkaian Internet yang membolehkan perbincangan masa nyata atau real-time conference iaitu suatu perhubungan dalam talian di mana semua orang dari seluruh pelosok dunia boleh bertemu dan berbual dengan kaedah menaip teks. lM menawarkan dua fungsi yang unik dalam komunikasi berantarakan komputer iaitu keupayaan untuk mengetahui siapa kalangan kawan-kawan mereka yang sedang dalam talian untuk sama-sama berborak dan juga keupayaan untuk berborak secara bertulis (Hu et al., 2004). Kertas kerja akan membincangkan kewujudan keintiman hubungan dalam komunikasi melalui instant messaging di kalangan remaja. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti hubungan antara kekerapan penggunaan IM dengan keintiman afektif dan keintiman sosial seseorang yang menggunakan IM. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan sebagai langkah mengumpulkan data kajian. Ianya melibatkan pelajar-pelajar sepenuh masa di Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia sebagai responden kajian. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan persampelan mudah dan persampelan bertujuan iaitu mengambil mana-mana responden yang boleh dicapai dengan berdasarkan ciri tertentu sahaja yang bersesuaian dengan fokus kajian. Oleh itu kajian tidak bertujuan untuk membuat generalisasi terhadap golongan pelajar institusi pengajian tinggi awam ataupun swasta yang lain. Hasil kajian mendapati wujud hubungan yang positif antara keintiman afektif dan juga keintiman sosial dengan kekerapan penggunaan IM.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67950/1/67950.PDF