Strategi pembelajaran matematik secara berkumpulan: satu kajian perbandingan / Nor Habibah Tarmuji, Nurhidayah Masni Abdullah and Salimah Ahmad

Kajian ini adalah menjurus kepada perbandingan antara pelajar yang mempelajari matematik dengan kaedah tradisional dan pelajar yang mempelajari matematik dengan kaedah bekerjasama dalam satu kumpulan kecil yang menggabungkan pelajar cemerlang, sederhana dan lemah sebagai salah satu cara untuk mening...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tarmuji, Nor Habibah (Author), Abdullah, Nurhidayah Masni (Author), Ahmad, Salimah (Author)
Format: Book
Published: 2015.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah menjurus kepada perbandingan antara pelajar yang mempelajari matematik dengan kaedah tradisional dan pelajar yang mempelajari matematik dengan kaedah bekerjasama dalam satu kumpulan kecil yang menggabungkan pelajar cemerlang, sederhana dan lemah sebagai salah satu cara untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengatasi masalah pencapaian yang kurang memuaskan di kalangan pelajar pra-sains di UiTM Pahang dalam kursus matematik. Dua kumpulan pelajar telah dipilih secara rawak dari dua semester berbeza sebagai sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan purata markah ujian dan peperiksaan akhir pelajar yang belajar sccara berkumpulan lebih tinggi berbanding pelajar yang belajar secara individu. Namun, ujian menunjukkan tiada perbezaan purata markah yang bererti di antara dua kaedah. Walaubagaimanapun, purata markah pelajar yang belajar berkumpulan lebih konsisten berbanding belajar secara individu dengan ukuran serakan yang kecil. Justeru itu, belajar matematik secara berkumpulan berpotensi dikembangkan lagi perlaksanaannya untuk meningkatkan pencapaian pelajar, merapatkan jurang kefahaman antara pelajar cemerlang dan pelajar lemah selain mampu memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan diri.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68057/2/68057.PDF