Motivasi kesukarelawanan: kajian kes terhadap sukarelawan Sahabat Telekung Kuantan (STK) / Suhanom Mohd Zaki ... [et al.]
Malaysia merupakan salah satu negara membangun yang diiktiraf paling pemurah dalam menghulurkan bantuan kebajikan. Kenyataan ini dibuktikan melalui penyenaraian Malaysia di tangga ke-7 dalam Indeks Penyumbang Dunia 2014, berbanding di tangga ke-71 pada tahun sebelumnya. Ini jelas menunjukkan bahawa...
Gorde:
Egile Nagusiak: | , , , , , |
---|---|
Formatua: | Liburua |
Argitaratua: |
2015.
|
Gaiak: | |
Sarrera elektronikoa: | Link Metadata |
Etiketak: |
Etiketa erantsi
Etiketarik gabe, Izan zaitez lehena erregistro honi etiketa jartzen!
|
Gaia: | Malaysia merupakan salah satu negara membangun yang diiktiraf paling pemurah dalam menghulurkan bantuan kebajikan. Kenyataan ini dibuktikan melalui penyenaraian Malaysia di tangga ke-7 dalam Indeks Penyumbang Dunia 2014, berbanding di tangga ke-71 pada tahun sebelumnya. Ini jelas menunjukkan bahawa penglibatan terhadap kegiatan kesukarelawanan semakin mendapat tempat di kalangan warga Malaysia. Individu yang terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan memperolehi pelbagai manfaat melalui pengalaman langsung di mana tugas atau kerja yang dilakukan secara amali ini akhirnya membentuk keperibadian yang tinggi dan menjadikan individu tersebut lebih peka terhadap kehidupan dan pandangan individu yang lain. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor motivasi kesukarelawanan di kalangan sukarelawan berbangsa Melayu. Seterusnya kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi dan sikap sukarelawan terhadap kegiatan kesukarelawanan. Seramai 51 orang sukarelawan Sahabat Telekung Kuantan (STK) yang keseluruhannya wanita berbangsa Melayu dan beragama Islam menjadi responden kajian dan borang soalselidik telah diedarkan. Hasil kajian mendapati faktor utama penglibatan sukarelawan dalam STK adalah kerana ianya tidak memerlukan ilmu dan kemahiran yang khusus, ditambah pula dengan keberkesanan promosi yang dilakukan pihak pengurusan STK. Selain itu, faktor agama turut menjadi pendorong utama kepada penglibatan sukarelawan dalam STK. Kajian ini juga berjaya mengenalpasti persepsi dan sikap yang positif terhadap aktiviti kesukarelawanan di kalangan sukarelawan STK. |
---|---|
Alearen deskribapena: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68203/1/68203.PDF |