Kriteria kejayaan projek pembinaan hospital awam di Malaysia - satu kajian empirikal R&B/ Hayroman Ahmad, Abdul Rashid Abdul Aziz and Mastura Jaafar
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kriteria kejayaan projek pembinaan hospital awam di Malaysia. Kontraktor reka bentuk dan bina (R&B) dan klien Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyatakan persepsi mereka masing-masing dari aspek kualiti, masa, kos, keselamatan, kepuasan klien, dan ko...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
2008.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kriteria kejayaan projek pembinaan hospital awam di Malaysia. Kontraktor reka bentuk dan bina (R&B) dan klien Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyatakan persepsi mereka masing-masing dari aspek kualiti, masa, kos, keselamatan, kepuasan klien, dan komuniti di sekitarnya. Seramai 31 key players telah memberikan respon dari 13 projek di seluruh negara. Menerusi analisis faktor, sejumlah 97 pemboleh ubah telah melalui proses 'pengecilan '. Kaedah saringan analisis keutamaan komponen (PCA) telah mengenal pasti 16 pengukur kriteria kejayaan yang bersesuaian. Pengukur-pengukur kriteria kejayaan ini adalah percambahan secara 'struktur pokok' 5 kriteria kejayaan projek yang telah dikenal pasti sebagai 1) memenuhi kehendak klien, 2) mencapai matlamat pengurusan pembinaan, 3) mencapai matlamat penghasilan pembinaan, 4) bermanfaat kepada perkembangan kontraktor R&B, dan 5) bermanfaat kepada komuniti di sekitarnya. Lanjutan daripada penemuan ini, adalah dijangkakan bahawa ia akan menjadi penggerak strategi pencapaian kejayaan projek pembinaan hospital awam di Malaysia dan industri pembinaan umumnya. |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68219/1/68219.PDF |