Penentuan kehadiran bahan kimia penganggu endokrin jenis fenol dan ester ftalat di lokasi terpilih Sungai Gombak Selangor / Mohammad Mubin MN, Rebecca Lee and Hashim Ahmad

Penggunaan barangan konsumer sintetik yang semakin berleluasa menyebabkan peningkatan pembebasan bahan kimia ke persekitaran. Bahan kimia yang semakin mendapat perhatian kini adalah bahan kimia pengganggu Endokrin atau lebih dikenali sebagai EDC. EDC adalah bahan kimia yang mampu meniru hormon semul...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: MN, Mohammad Mubin (Author), Lee, Rebecca (Author), Ahmad, Hashim (Author)
Format: Book
Published: 2008.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan barangan konsumer sintetik yang semakin berleluasa menyebabkan peningkatan pembebasan bahan kimia ke persekitaran. Bahan kimia yang semakin mendapat perhatian kini adalah bahan kimia pengganggu Endokrin atau lebih dikenali sebagai EDC. EDC adalah bahan kimia yang mampu meniru hormon semulajadi dan seterusnya mengubah fungsi sistem endokrin serta menimbulkan kesan mudarat ke atas sistem-sistem lain dalam tubuh. Setakat ini di Malaysia tidak terdapat piawai persekitaran yang menentukan tahap EDC yang boleh diterima oleh seseorang individu. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai secara kualitatif kehadiran EDC di Sungai Gombak terutamanya di lokasi yang berpopulasi tinggi. Lenis EDC yang dipilih dalam kajian ini adalah EDC jenis Fenol dan Ester Ftalat. Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, EDC jenis Fenol dan Ester Ftalat yang telah dikesan di Sungai Gombak adalah Nonilfenol, Oktilfenol dan Dibutil Ftalat Bahan-bahan kimia ini juga boleh berakumulasi di dalam organisma akuatik yang menjadi sumber makanan dan boleh mengkontaminasi air minuman.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68250/1/68250.PDF