Kit penyingkir warna lestari alam "bananaSWaT"/ Nor Azliza Akbar ... [et al.]

Masalah utama yang sering menjadi isu diperkatakan kini adalah kekurangan air dan pencemaran air. Justeru itu, pelajar SKDM cuba mencari alternatif baru untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan merawat air dari sisa pewarna yang sering digunakan terutamanya semasa menjalankan Pendidikan Seni Visu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Akbar, Nor Azliza (Author), Ahmad, Fauziah (Author), Badrul Nizam, Madihah Safiyyah (Author), Mohd Rafie, Nur Wafa Imani (Author), Khairul Anuar, Husna (Author), Mohd Shobri, Nurkhairunnisa (Author)
Format: Book
Published: 2020.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masalah utama yang sering menjadi isu diperkatakan kini adalah kekurangan air dan pencemaran air. Justeru itu, pelajar SKDM cuba mencari alternatif baru untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan merawat air dari sisa pewarna yang sering digunakan terutamanya semasa menjalankan Pendidikan Seni Visual. Batang pisang digunakan dalam projek ini sebagai agen penjerap dan produk ini diberi nama BananaSWaT. Menurut DSKP Sains Tahun 6, dibawah tajuk Bahan Buangan, sisa batang pisang ini merupakan bahan buangan terbiodegredasikan serta tidak mencemarkan alam sekitar. Untuk menghasilkan BananaSWaT, batang pisang dipotong kecil (< 5 mm) dan dikeringkan selama 24 jam, 105°C. Apabila kering, ia dimasukkan ke dalam model penapisan untuk menyingkirkan pewarna dari air sisa yang telah digunakan. Keputusan menunjukkan, batang pisang berfungsi sebagai kit penyingkir warna yang efektif yang dapat menyingkirkan pewarna. Projek ini juga memberi impak yang positif kerana rawatannya murah dan mesra alam disamping menggunakan sumber buangan agro. Air yang dirawat boleh diguna semula untuk untuk tujuan mencuci lantai, siram pokok serta lain-lain yang dapat menyelesaikan masalah kekurangan air. Kesimpulannya, projek ini sangat disyorkan sebagai satu alternatif dan mempunyai potensi untuk dikormesialkan. Amalan 3R yang telah diaplikasikan di sekolah dapat membantu mencapai RMK 11 (Tonggak 5) dalam mempertingkat kemampanan alam sekitar melalui pertumbuhan hijau.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68902/2/68902.pdf