PnP atas talian : platform pilihan pelajar belajar kalkulus dari rumah dan cabaran yang dihadapi / Fadzilawani Astifar Alias and Siti Asmah Mohamed

Pelaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP) membawa kepada tranformasi terutama dalam dunia pendidikan di Malaysia dimana kaedah pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi negara turut berubah wajah daripada pengajaran berbentuk kuliah secara bersemuka kepada pembelajaran jarak jauh secara a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Alias, Fadzilawani Astifar (Author), Mohamed, Siti Asmah (Author)
Format: Book
Published: Unit Penerbitan JSKM, 2021-08.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP) membawa kepada tranformasi terutama dalam dunia pendidikan di Malaysia dimana kaedah pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi negara turut berubah wajah daripada pengajaran berbentuk kuliah secara bersemuka kepada pembelajaran jarak jauh secara atas talian. Pelbagai kaedah yang digunakan oleh pensyarah dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar. Walaupun terdapat cabaran pembelajaran atas talian ini, pensyarah perlu berfikir lebih kreatif dalam setiap sesi pembelajaran yang dijalankan. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji platform pembelajaran yang menjadi pilihan pelajar dan cabaran-cabaran yang pelajar lalui sepanjang pembelajaran atas talian dijalankan. Seramai 96 pelajar yang mengambil subjek Kalkulus semester Mac-Ogos 2021 terlibat dalam kajian ini. Data yang diperoleh adalah dari soal selidik dan tinjauan yang telah dijalankan. Kajian ini membantu pensyarah dalam mengurangkan tekanan dan beban kerja yang diberikan kepada pelajar. Ia juga penting bagi membantu pelajar merancang masa pembelajaran dengan sebaiknya disebabkan adanya cabaran-cabaran semasa pembelajaran dari rumah seperti tekanan, persekitaran di rumah dan juga faktor kendiri pelajar. Statistik dari peratus bilangan pelajar yang memilih platform yang disukai dan cabaran-cabaran yang di dihadapi oleh pelajar diperoleh dari soal selidik tersebut. Hasil kajian ini mendapati peratus pelajar yang suka kepada syarahan dari platform rakaman video adalah lebih tinggi. Pilihan platform ini mungkin disebabkan dari cabaran-cabaran yang telah dikenalpasti terutamanya tekanan disebabkan kelemahan dari capaian internet dan letih menghadapi pembelajaran secara atas talian. Oleh yang demikian, pensyarah perlu lebih peka dalam mengenalpasti kaedah yang terbaik kepada pelajar masing-masing agar sesi pembelajaran lebih berkesan dan pelajar lebih santai dalam menghadapi sesi pembelajaran dari rumah ini. Seterusnya pelajar dapat menerima ilmu yang disampaikan pensyarah dengan baik.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69814/1/69814.pdf