Analisa kesalahan pelajar dalam subjek statistik: kajian kes bagi semester pengajian secara atas talian / Maisurah Shamsuddin and Siti Balqis Mahlan

Statistik merupakan subjek teras bagi kebanyakan kursus di peringkat universiti. Kebanyakan pelajar mengaplikasi bidang statistik dalam menghasilkan projek tahun akhir. Sepanjang tempoh pembelajaran yang dijalankan secara atas talian, didapati prestasi pelajar dalam subjek ini telah merosot. Justeru...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shamsuddin, Maisurah (Author), Mahlan, Siti Balqis (Author)
Format: Book
Published: Unit Penerbitan JSKM, 2021-08.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Statistik merupakan subjek teras bagi kebanyakan kursus di peringkat universiti. Kebanyakan pelajar mengaplikasi bidang statistik dalam menghasilkan projek tahun akhir. Sepanjang tempoh pembelajaran yang dijalankan secara atas talian, didapati prestasi pelajar dalam subjek ini telah merosot. Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi mengkaji secara deskriptif kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam subjek statistik. Seramai 54 orang pelajar semester Oktober - Februari 2021 yang mengambil subjek statistik terlibat dalam kajian ini. Data yang diperolehi adalah daripada ujian akhir secara atas talian. Kajian tertumpu kepada topik hipothesis berdasarkan min markah yang paling rendah diperolehi. Setiap kertas jawapan pelajar disemak dan diteliti kesalahan yang dilakukan dengan menggunakan kaedah Newman. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti pelajar tidak dapat memahami kehendah soalan berkaitan ujian hipotesis. Seterusnya telah menyebabkan mereka melakukan beberapa kesalahan lain termasuk transformasi dan kemahiran proses. Pensyarah perlu memberi fokus kepada kesalahan ini dan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif. Secara tidak langsung penguasaan di dalam bidang statistik dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih cemerlang.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69818/1/69818.pdf