Perbandingan pencapaian pelajar di antara pembelajaran bersemuka dan dalam talian / Siti Balqis Mahlan and Maisurah Shamsuddin
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian diteruskan lagi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Kedua (PKP 2.0). Sememangnya Covid-19 memberi kesan kepadapelajar dari pelbagai aspek sepertipengurusan masa, kewangan dan pencapaian akademik. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui pencapaian semas...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
Unit Penerbitan JSKM,
2021-08.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian diteruskan lagi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Kedua (PKP 2.0). Sememangnya Covid-19 memberi kesan kepadapelajar dari pelbagai aspek sepertipengurusan masa, kewangan dan pencapaian akademik. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui pencapaian semasa pembelajaran dalam talian dan secara bersemuka. Dengan ini, markah penilaian bagi 120 orang pelajar yang terdiri dari 4 semester terkini diambil bagi suatu kursus statistik. 4 semester ini merangkumi sesi pembelajaran secara bersemuka dan sesi pembelajaran dalam talian semasa pandemik covid-19. Berdasarkan data deskriptif, didapati bahawa pencapaian markah bagi sesi pembelajaran secara bersemuka pada sesi September - Januari 2020 adalah lebih tinggi berbanding semester pengajian yang lain dan pencapaian pelajar perempuan adalah lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Dapatan kajian ANOVA pula mendapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi pencapaian mengikut semester pengajian, jantina dan juga terdapat interaksi di antara jantina dan semester pengajian terhadap tahap pencapaian markah. Namun, berdasarkan ujian Post-Hoc didapati tiada bukti menunjukkan terdapat tren yang sama dari segi markah bagi semester yang berbeza mengikut kaedah pembelajaran yang digunakan. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa kaedah pembelajaran secara bersemuka atau dalam talian tidak mempengaruhi pencapaian pelajar |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69838/1/69838.pdf |