Penggunaan madu kelulut sebagai kultur pemula dalam keju sawit: 'trigokes'-trigona keju sawit / Afiza Tan Sali dan Fathmah Salim

Kajian ini berkaitan penggunaan madu kelulut sebagai kultur pemula dalam penghasilan keju sawit. Kajian ini bertujuan mempelbagaikan penggunaan santan sawit yang merupakan hasilan tempatan dan dapat membantu individu yang mempunyai alahan dengan produk daripada ternakan seperti susu dan keju. Objekt...

Descrizione completa

Salvato in:
Dettagli Bibliografici
Autori principali: Tan Sali, Afiza (Autore), Salim, Fathmah (Autore)
Natura: Libro
Pubblicazione: 2020.
Soggetti:
Accesso online:Link Metadata
Tags: Aggiungi Tag
Nessun Tag, puoi essere il primo ad aggiungerne!!
Descrizione
Riassunto:Kajian ini berkaitan penggunaan madu kelulut sebagai kultur pemula dalam penghasilan keju sawit. Kajian ini bertujuan mempelbagaikan penggunaan santan sawit yang merupakan hasilan tempatan dan dapat membantu individu yang mempunyai alahan dengan produk daripada ternakan seperti susu dan keju. Objektif kajian adalah untuk menentukan kepekatan madu kelulut yang sesuai dalam penghasilan keju sawit menggunakan analisis penilaian deria oleh ahli panel (formulasi 1: 10%, formulasi 2: 15% dan formulasi 3: 20%). Objektif kedua untuk menentukan kandungan kelembapan, lemak kasar dan nilai ketengikan bagi formulasi yang terpilih. Dalam kajian ini santan sawit dipanaskan sehingga mencapai suhu 80 ˚C selama 15 minit. Seterusnya, bahan lain seperti gula dan madu kelulut ditambahkan. Campuran dibiarkan seketika untuk membolehkan kentalan terbentuk. Seterusnya campuran akan dilakukan proses pengasingan antara cecair dan kentalan yang terhasil. Kentalan yang terkumpul seterusnya digaulkan bersama garam dan disimpan di dalam peti sejuk. Hasil dapatan dari ujian sensori yang dijalankan oleh 30 ahli panel menunjukkan Formulasi 2 adalah paling diterima iaitu yang menggunakan 15% madu kelulut. Analisis kimia bagi formulasi 2 menunjukkan kandungan kelembapan adalah 44.81%, kandungan lemak adalah 56.31% dan nilai ketengikan adalah 4.7 yang dikategorikan rendah. Ini menunjukkan madu kelulut sesuai digunakan sebagai kultur pemula dalam penghasilan keju menggunakan santan sawit.
Descrizione del documento:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71215/1/71215.pdf