Analisis semantik inkuisitif dalam perbualan implisit karya filem klasik P. Ramlee = Inquisitive semantic analysis of the implicit conversation ofP. Ramlee's classic film work / Nur Ezatull Fadtehah Hedel and Mary Fatimah Subet

P. Ramlee banyak menggunakan unsur tersirat dalam filem klasik arahan dan lakonannya menyebabkan pelbagai tafsiran yang wujud untuk merungkai makna tersirat yang cuba disampaikan dalam filem tersebut. Oleh itu, pendekatan semantik inkuisitif yang menekankan pentafsiran makna telah digunakan untuk me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hedel, Nur Ezatull Fadtehah (Author), Subet, Mary Fatimah (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, 2022-12.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:P. Ramlee banyak menggunakan unsur tersirat dalam filem klasik arahan dan lakonannya menyebabkan pelbagai tafsiran yang wujud untuk merungkai makna tersirat yang cuba disampaikan dalam filem tersebut. Oleh itu, pendekatan semantik inkuisitif yang menekankan pentafsiran makna telah digunakan untuk merungkai makna sebenar yang disampaikan dalam filem tersebut. Berdasarkan isu tersebut, objektif kajian ini ialah mengenal pasti ujaran berimplisit dan menganalisis pemikiran, keintelektualan serta pengaruh budaya masyarakat Melayu dalam filem P.Ramlee. Kajian kualitatif dan reka bentuk deskriptif dan analisis kandungan ini telah menggunakan skrip filem-filem P. Ramlee sebagai instrumen kajian. Manakala, data dikumpul berdasarkan data primer dan sekunder seterusnya dianalisis dengan menggunakan tiga tahap iaitu semantik skrip, resonans dan inkuisitif bagi mendapatkan jawapan dihajati sehingga ke akal budi penutur. Teori yang mendasari pencarian mana ialah teori relevans daripada Sperber dan Wilson (1986,1995) dan menerapkan falsafah, akal budi serta ilmu daripada pelbagai bidang bagi mendapatkan jawapan dihajati bagi penggunaan leksikal tertentu dalam filem P. Ramlee yang dikaji. Hasil kajian mendapati, terdapat unsur pemikiran, akal budi serta pengaruh budaya masyarakat Melayu dalam ujaran berimplisit dan penggunaan leksikal tertentu juga mempunyai makna tersendiri yang perlu diperhalusi dengan lebih mendalam dengan menggunakan pendekatan semantik inkuisitif.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73230/1/73230.pdf