Waspada iklan sewa akaun dan keldai akaun / Ch'ng Pei Eng, Chew Yee Ming and Mohd Haris Ridzuan Ooi Abdullah

Adakah anda akan tertarik hati apabila terlihat suatu iklan yang memberi tawaran pembelian kad ATM bank dengan harga RM1000 sekeping? Ataupun mungkinkah anda akan menerima tawaran sewa akaun bank anda dengan harga RM600-RM800 sebulan? Adakah anda tahu apakah implikasi setelah akaun bank anda dipinda...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ch'ng, Pei Eng (Author), Chew, Yee Ming (Author), Abdullah, Mohd Haris Ridzuan Ooi (Author)
Format: Book
Published: Unit Penerbitan dan Publisiti JSKM, 2022.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Adakah anda akan tertarik hati apabila terlihat suatu iklan yang memberi tawaran pembelian kad ATM bank dengan harga RM1000 sekeping? Ataupun mungkinkah anda akan menerima tawaran sewa akaun bank anda dengan harga RM600-RM800 sebulan? Adakah anda tahu apakah implikasi setelah akaun bank anda dipindah milik kepada pihak ketiga? Adalah dipercayai bahawa ada di kalangan kita akan tertarik hati dengan iklan seperti ini lalu menerima tawaran tersebut. Apatah lagi jika seseorang itu mempunyai akaun bank dengan kad ATM yang berlebihan dan jarang digunapakai lagi. Cuba kita bayangkan jika seseorang itu dapat menyewakan ataupun menjualkan beberapa keping kad ATM banknya sekaligus, pastinya beliau akan mendapat keuntungan lumayan dengan mudah! Ternyatalah pemilik akaun bank ini tidak kisah akaun banknya digunakan untuk tujuan apapun asalkan ianya tidak melibatkan wang sendiri. Kaedah mendapatkan keuntungan wang dengan pantas ini telah mengakibatkan ramai orang awam yang tidak mengenali undang-undang menjualkan akaun bank mereka untuk mendapatkan wang cepat. Kad ATM bersama akaun bank mereka akan diserahkan kepada sindiket penipuan tanpa disedari. Lazimnya, akaun bank tersebut akan digunakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti haram, seperti penerimaan rasuah, Macau Scam, penipuan hantaran bungkusan cinta, penipuan jualan atas talian dan sebagainya. Penipuan seperti ini boleh melibatkan pindahan wang masuk dan keluar dalam jumlah yang amat besar sehingga mencecah jutaan ringgit.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73485/1/73485.pdf