Musafir Haji 1434h (Siri II) / Noor 'Aina Abdul Razak

Aku menghitung hari. Dua hari sebelum tarikh, kami bertolak Sungai Petani. Mak dan abah di kampung sudah bersiap sedia dengan kenduri doa selamat untuk kami. Alhamdulillah. Secara tidak langsung ini juga menjadi asbab buat suami dalam keharusan meninggalkan solat Jumaat (hari bertolak) kerana bermus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Razak, Noor 'Aina (Author)
Format: Book
Published: Unit Penerbitan dan Publisiti JSKM, 2022.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aku menghitung hari. Dua hari sebelum tarikh, kami bertolak Sungai Petani. Mak dan abah di kampung sudah bersiap sedia dengan kenduri doa selamat untuk kami. Alhamdulillah. Secara tidak langsung ini juga menjadi asbab buat suami dalam keharusan meninggalkan solat Jumaat (hari bertolak) kerana bermusafir awal. (Sebelum meninggalkan rumah jangan lupa azankan di empat penjuru rumah.) Diikutkan waktu sepatutnya mendaftar di Kompleks TH Bayan Lepas adalah 8.30am, Jumaat, 27 September 2013 (21 Zulkaedah 1434). Penerbangan pula dijadualkan pada jam 12.30 tengahari. Sepatutnya sehari sebelum tarikh kami perlu ke kompleks TH untuk bermalam di sana dengan penginapan yang telah disediakan oleh pihak TH. Namun begitu, penerbangan kami ditunda ke jam 3.30 petang dan waktu mendaftar ialah sebelum 11.30 pagi. Makanya, kami bertolak pagi Jumaat, dari Sungai. Petani. Dua kereta sudah cukup. Satu Ayen membawa anakanak kami, dan satu lagi Abang Dee membawa kami bersama beg-beg yang ada. Sebelum masuk tol Sungai Petani selatan, teringat buku doa yang dibekalkan oleh pihak TH. Masyaallah. Aku tertinggal buku itu selepas solat sunat musafir tadi. Perjalanan tertunda sebentar sementara Ayen berpatah balik untuk mendapatkannya. Dugaan sungguh. Setibanya di atas jambatan, trafik agak perlahan. Pihak TH sudah beberapa kali menelefon bertanyakan keadaan kami. Jadi atau tidak pergi haji? Berada di mana sekarang? Aku sudah mula berdebar. Silap kami. Seeloknya bermalam saja di Kompleks TH.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73550/1/73550.pdf