Portal perkongsian ilmu untuk komuniti Felda / Fariza Hanum Md. Nasaruddin, N.N. Edzan and Abrizah Abdullah

Portal maklumat merupakan jalan rintis untuk membuat capaian mudah bukan sahaja kepada maklumat sains dan teknologi di Malaysia, malah sebagai pembuka langkah ke era revolusi perkongsian ilmu pengetahuan. Portal maklumat yang melibatkan semua aspek penyebaran, asimilasi dan pertukaran maklumat bagi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md. Nasaruddin, Fariza Hanum (Author), Edzan, N.N (Author), Abdullah, Abrizah (Author)
Format: Book
Published: 2002.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Portal maklumat merupakan jalan rintis untuk membuat capaian mudah bukan sahaja kepada maklumat sains dan teknologi di Malaysia, malah sebagai pembuka langkah ke era revolusi perkongsian ilmu pengetahuan. Portal maklumat yang melibatkan semua aspek penyebaran, asimilasi dan pertukaran maklumat bagi pelbagai lapisan masyarakat FELDA dibangunkan bagi mencapai objektif objektif berikut: a) menyediakan satu platform bagi komuniti FELDA untuk berinteraksi dan berkongsi ilmu dengan mereka yang mempunyai maklumat penting dan bermanafaat terutamanya mengenai hal-hal FELDA; b) membantu mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat untuk mendapatkan maklumat mengenai FELDA khususnya dan pertanian di Malaysia amnya; c) mempromosikan penggunaan teknologi maklumat di kalangan masyarakat luar bandar dengan menawarkan gerbang yang menghubungkan mereka kepada pelbagai portal sedia ada. Kajian tinjauan literasi IT di kalangan komuniti FELDA bagi tujuan analisis keperluan pembangunan sistem menunjukkan bahawa masyarakat FELDA berada pada tahap yang agak baik dari aspek kepekaan mereka terhadap kepentingan teknologi maklumat di dalam memperbaiki kehidupan seharian. Hasil kajian daripada soal selidik yang ditadbirkan ke atas 100 responden merangkumi kedua-dua jantina dan pelbagai lapisan umur (12-60 tahun) di antaranya mendapati bahawa: 46% daripada sampel tersebut mempunyai komputer peribadi; daripada jumlah ini, 36% mempunyai akses kepada Internet di rumah; dan 67% sampel menyatakan mereka tahu atau peka mengenai kandungan dan penggunaan Internet. Daripada kajian keperluan ini, satu prototaip portal perkongsian maklumat yang dijangka dapati menepati keperluan komuniti FELDA telah dibangunkan antara lain merangkumi perkhidmatan berikut: modul e-mail, carian, forum komuniti, ruang pengetahuan, galeri foto, pangkalan data komuniti dan "chat room".
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73581/1/73581.pdf