Aplikasi web penjana kumpulan elektronik / Rosilah Hassan, Syahanim Mohd Salleh and Zaihosnita Hood

Projek ini bertujuan untuk membangunkan satu aplikasi Web penjana kumpulan elektronik dan laman Web peribadi yang dikenali sebagai Buddies@Web. Aplikasi Web ini menyediakan suatu alat penjana yang menarik lagi mesra pengguna bagi membolehkan semua lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja untuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hassan, Rosilah (Author), Mohd Salleh, Syahanim (Author), Hood, Zaihosnita (Author)
Format: Book
Published: 2002.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek ini bertujuan untuk membangunkan satu aplikasi Web penjana kumpulan elektronik dan laman Web peribadi yang dikenali sebagai Buddies@Web. Aplikasi Web ini menyediakan suatu alat penjana yang menarik lagi mesra pengguna bagi membolehkan semua lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja untuk berkomunikasi atau berkongsi maklumat secara interaktif dengan membentuk kumpulan elektronik. Ahli-ahli dalam sesebuah kompulan elektronik boleh berinteraksi dengan adanya kemudahan seperti Papan Berita, Papan Diskusi, dan Diari Bersama. Selain dari itu, pemberian kawasan storan percuma bagi setiap ahli dan kumpulan juga membolehkan penyimpanan dan perkongsian dokumen dilakukan. Ahli juga berkesempatan untuk membina laman Web peribadi walaupun tiada mempunyai sebarang pengetahuan dalam pembangunan Web. Enjin gelintar akan dibangunkan untuk membolehkan ahli mencari dan memilih kumpulan yang ingin disertai. Bagi meluaskan lagi pencapaian kemudahan aplikasi Web ini, sesetengah kemudahan seperti Peti Mel Saya. Papan Berita, Buku Alamat, dan Diari Bersama akan diimplementasikan secara WAP (Wireless Application Protocol) yang dikenali sebagai Buddies@WAP. Dalam membangunkan aplikasi yang berasaskan Web. ASP (Active Server Pages), HTML (Hypertext Markup Language), dan JavaScript akan digunakan sebagai bahasa pengaturcaraan yang utama. WML (Wireless Markup Language) dan WMLScript pula akan digunakan untuk membangunkan aplikasi yang berasaskan WAP. SQL (Structured Query Language) akan digunakan untuk berkomunikasi dengan pangkalan data bagi kedua-dua aplikasi ini.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73607/1/73607.pdf