Penggunaan "online learning" dan keberkesanannya dalam meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran: tinjauan penggunaan ica nicenet di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) / Hussain Othman

Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di universiti-universiti sering dikaitkan dengan kualiti graduan yang dihasilkan untuk pasaran kerja. Lantaran itu kita melihat kecenderungan umum di pusat-pusat pengajian tinggi khususnya Institusi Pengajian Tinggi Awam (lPTA) menubuhkan pusat-pusat p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Othman, Hussain (Author)
Format: Book
Published: 2002.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di universiti-universiti sering dikaitkan dengan kualiti graduan yang dihasilkan untuk pasaran kerja. Lantaran itu kita melihat kecenderungan umum di pusat-pusat pengajian tinggi khususnya Institusi Pengajian Tinggi Awam (lPTA) menubuhkan pusat-pusat pengajaran dan pembelajaran yang menumpukan kepada usaha khusus meningkatkan kemahiran pengajaran pensyarah dan juga keberkesanan proses pembelajaran pelajar. Perkembangan mutakhir dalam bidang ICT pula mempengaruhi ramai tenaga kerja pendidik untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi ICT. Mereka begitu yakin tentang peranan yang boleh dimainkan oJeh teknologi ini. Walau bagaimanapun, sumbangan teknologi lCT kepada bidang pendidikan khususnya dalam bilik darjah sering dihantui oleh berbagai persoalan. Masyarakat selalu bertanya. "So what difference are computers making in classrooms for student?". Smith (2001) mencatatkan di antara dimensi yang disumbangkan oleh lCT lcepada pembelajaran iaitu " Learners fluency, strengthening the basics, developing higher-level proficiencies, increasing relevancy, motivation to learn and, recognition of treade offs. Proses pengajaran dan pembelajaran di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) telah mula berorientasikan teknologi lCT sejak awal-awal penubuhannya. Kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauh manakah penggunaan teknologi ICT yang dikhususkan kepada "Online Learning" dengan menggunakan Internet Classroom Assistant dapat membantu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran mereka. Untuk tujuan kajian ini. pengkaji telah memilih seramai 120 orang pelajar dan ICA Nicenet yang dapat dicapai melalui http//www.nicenet.org dijadikan sebagai "kelas maya ". Beberapa alat kajian telah dibina yang terdiri daripada borang soal selidik, jadual pemerhatian dan analisis teks untuk mendapatkan data yang diperlukan. Dapatan kajian menunjukkan peranan yang sangat positif boleh dimainkan oleh teknologi ICT dalam meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73609/1/73609.pdf