10 tarikan di bandar Taiping / Norshuhada Samsudin and Sharifah Sarimah Syed Abdullah

Taiping merupakan bandar yang penuh dengan kedamaian dan sering menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Sebagai anak jati Taiping, kami senaraikan beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh para pengunjung yang singgah ke Taiping Bandar Warisan. 1. Taman Tasik Taiping Taman Tasik Ta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Samsudin, Norshuhada (Author), Syed Abdullah, Sharifah Sarimah (Author)
Format: Book
Published: Unit Penerbitan dan Publisiti JSKM, 2022.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Taiping merupakan bandar yang penuh dengan kedamaian dan sering menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Sebagai anak jati Taiping, kami senaraikan beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh para pengunjung yang singgah ke Taiping Bandar Warisan. 1. Taman Tasik Taiping Taman Tasik Taiping adalah sebuah kawasan rekreasi yang merupakan bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Kawasan ini juga terletak di antara Bukit Larut dan Zoo Taiping yang merupakan tarikan utama bagi penduduk sekitar serta pelancong. Suasana persekitaran yang mendamaikan menjadikan Taman Tasik ini sebagai tarikan utama para pengunjung yang datang ke Taiping. Pengunjung boleh menikmati keindahan alam disamping menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga. 2. Zoo Taiping Zoo Taiping dikelilingi oleh persekitaran semulajadi yang indah berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Terdapat lebih 140 spesis haiwan seperti harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, burung enggang, Orang Utan dan lain-lain. Pengunjung boleh memilih untuk berjalan kaki atau menaiki keretapi yang disediakan oleh pihak zoo untuk melihat haiwan-haiwan yang ada di Zoo Taiping. Selain itu, pengunjung boleh mengunjungi Night Safari pada waktu waktu malam. Pengunjung dapat merasai keindahan malam diterangi oleh lampu-lampu dan melihat pergerakan haiwan pada waktu malam. 3. Burmese Pool Ia juga dikenali sebagai Kolam Batu Besar kerana merupakan kolam batu besar di sepanjang sungai di Taiping. Kolam batu ini sangat luas dan menjadi tarikan pengunjung yang ingin menikmati kedinginan air terjun yang mengalir serta dikelilingi oleh keindahan hutan yang penuh ketenangan.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73914/1/73914.pdf