Setinta kata dari Koordinator / Rozita Kadar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, e-Buletin Edisi 8 ini berjaya diterbitkan. Dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Jawatankuasa Unit Penerbi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kadar, Rozita (Author)
Format: Book
Published: Unit Penerbitan dan Publisiti JSKM, 2022.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, e-Buletin Edisi 8 ini berjaya diterbitkan. Dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Jawatankuasa Unit Penerbitan Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM), kerana usaha yang berterusan dan bertungkus lumus dalam menjayakan penerbitan kali ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua warga JSKM kerana memberi sokongan penuh dalam penerbitan ini dengan menyumbangkan artikal-artikal berilmiah untuk diterbitkan didalam buletin pada edisi ini. Buletin JSKM merupakan satu penerbitan yang amat penting kepada kita. Penerbitan ini sedikit sebanyak dapat menjadi sebagai salah satu platform untuk kita melakarkan peristiwa dan perkembangan semasa serta info-info terkini yang berlaku di dalam JSKM. Melalui buletin ini juga akan dapat memberikan gambaran kepada kita semua tentang peranan yang dimainkan oleh JSKM dalam membangunkan pelajar-pelajar di UiTM Cawangan Pulau Pinang. Berbagai aktiviti telah dijalankan dalam memperkasakan pelajar dan staf telah berjaya dicoretkan didalam buletin ini. Sekali lagi setinggi penghargaan kepada semua yang telah memberi sumbangan artikal untuk dimuatkan didalam buletin ini. Semoga ilmu yang dikongsikan ini terus berkembang subur.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73921/1/73921.pdf