Keunikan buah Sarawak / Siti Balqis Mahlan

1. Embang : Rasa buahnya yang berwarna kuning ini sedap dan manis seperti mangga dan kuini. Kulit buah embang yang berwarna coklat ini boleh dijadikan ulam dan ianya boleh juga dijadikan bahan untuk dimasukkan ke dalam masakan seperti sambal embang, kerabu embang dan pelbagai lagi. Kulitnya perlu di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mahlan, Siti Balqis (Author)
Format: Book
Published: Unit Penerbitan dan Publisiti JSKM, 2022.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

MARC

LEADER 00000 am a22000003u 4500
001 repouitm_74166
042 |a dc 
100 1 0 |a Mahlan, Siti Balqis  |e author 
245 0 0 |a Keunikan buah Sarawak / Siti Balqis Mahlan 
260 |b Unit Penerbitan dan Publisiti JSKM,   |c 2022. 
500 |a https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74166/1/74166.pdf 
520 |a 1. Embang : Rasa buahnya yang berwarna kuning ini sedap dan manis seperti mangga dan kuini. Kulit buah embang yang berwarna coklat ini boleh dijadikan ulam dan ianya boleh juga dijadikan bahan untuk dimasukkan ke dalam masakan seperti sambal embang, kerabu embang dan pelbagai lagi. Kulitnya perlu dibuang terlebih dahulu sebelum dimasak dan dimakan. 2. Engkalak : Isinya yang berwarna putih kekuningan mempunyai rasa lemak yang manis. Sebelum dimakan, buah ini perlu direndam terlebih dahulu dengan air panas sehingga lembut dan kemudiannya ditos. Selepas ditos, buah ini boleh digaul dengan bahan perisa dan ianya boleh dimakan begitu sahaja ataupun dimakan bersama nasi. 3. Dabai : Buah dabai merupakan buah bermusim yang ditunggu-ditunggu oleh penduduk di Kepulauan Borneo. Buah dabai perlu direndam dengan air panas sehingga lembut. Isinya pula berwarna kuning dan kulitnya berwarna hitam keunguan. Buah ini boleh dimakan bersama nasi dan juga boleh dimasak dan dijadikan menu nasi goreng dabai. Apa yang uniknya, biji dabai mempunyai isi di dalamnya. Isi biji dabai boleh dimakan dengan memecahkan bijinya bagi mendapatkan isi di dalamnya. Rasanya mirip seperti kacang pistachio. 4. Terap : Terap mempunyai isi yang lembut dan harum berwarna putih susu. Kulitnya pula seakan-akan seperti cempedak namun kulit terap mempunyai rerambut tebal seperti berus. Buah ini boleh juga dijadikan cucur dan ramuannya adalah sama seperti memasak cucur cempedak. Biji buah ini juga boleh direbus dan kemudiannya boleh dimakan terus. Selain itu, biji terap ini boleh dimasak seperti masak lemak, gulai dan rasa bijinya hampir sama seperti biji cempedak. Jika buahnya cukup masak dan ranum, kulitnya menjadi lembut dan mudah dibuka. 
546 |a en 
690 |a Universiti Teknologi MARA 
690 |a Fruit and fruit culture 
655 7 |a Article  |2 local 
655 7 |a NonPeerReviewed  |2 local 
787 0 |n https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74166/ 
856 4 1 |u https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74166/  |z Link Metadata