Khasiat kacang ma / Siti Balqis Mahlan

Adakah anda tahu apa itu kacang ma? Ramai yang akan menyangka bahawa kacang ma merupakan sejenis kekacang. Namun sebenarnya, kacang ma merupakan sejenis daun herba yang telah dikeringkan. Kebiasaannya, kacang ma dijadikan sebagai makanan ibu berpantang kerana khasiat yang ada pada daun ini. Ianya bu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mahlan, Siti Balqis (Author)
Format: Book
Published: Unit Penerbitan dan Publisiti JSKM, 2022.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Adakah anda tahu apa itu kacang ma? Ramai yang akan menyangka bahawa kacang ma merupakan sejenis kekacang. Namun sebenarnya, kacang ma merupakan sejenis daun herba yang telah dikeringkan. Kebiasaannya, kacang ma dijadikan sebagai makanan ibu berpantang kerana khasiat yang ada pada daun ini. Ianya bukan sahaja boleh dimakan ketika ibu berpantang malahan boleh juga dimakan oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa kerana rasanya yang unik dan sedap. Kacang ma dipercayai makanan yang berasal dari China dan merupakan hidangan makanan terutamanya semasa ibu berpantang bagi kaum cina di Sarawak. Bagaimanapun, daun ini telah diperluaskan penggunaannya sehingga menjadi terkenal dan disukai oleh kaum-kaum lain di Sarawak. Di antara khasiat yang baik ialah ianya dapat memanaskan badan dan juga boleh mengecutkan rahim wanita selepas bersalin. Ini menyebabkan ianya sesuai diamalkan dan menjadikannya sebagai salah satu bahan utama dalam makanan bagi ibu berpantang. Khasiat daun ini bukan sahaja untuk wanita selepas bersalin namun ianya juga dipercayai sesuai buat semua wanita khususnya untuk melancarkan kitaran haid. Ayam masak kacang ma merupakan menu yang popular dalam penggunaan daun ini. Cara untuk memasak masakan ini agak mudah kerana ia tidak menggunakan bahan yang banyak. Di antara bahan yang diperlukan hanyalah bawang putih, halia dan sedikit perisa tambahan. Gabungan bahan dan juga kacang ma ini membuatkan masakan ini mempunyai aromanya yang tersendiri.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74182/1/74182.pdf