EON Inspirasi Edisi Ts Dr Nor'aishah Hasan Srikandi Teknologi Pusat Pengajian Biologi UiTMCNS / Nursyazni Abdul Rahim

Masih segar dalam ingatan penulis memori sewaktu di awal waktu penulis melaporkan diri sebagai salah seorang tenaga pengajar di UiTM Kampus Kuala Pilah. Ketika itu, penulis masih malu-malu dan masih tidak begitu mengenali rakan-rakan pensyarah yang lain. Apabila mendapat tugasan menyediakan Fail Por...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahim, Nursyazni (Author)
Format: Book
Published: UiTM Cawangan Negeri Sembilan, 2023-01.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masih segar dalam ingatan penulis memori sewaktu di awal waktu penulis melaporkan diri sebagai salah seorang tenaga pengajar di UiTM Kampus Kuala Pilah. Ketika itu, penulis masih malu-malu dan masih tidak begitu mengenali rakan-rakan pensyarah yang lain. Apabila mendapat tugasan menyediakan Fail Portfolio Pengajaran, penulis buntu. Tidak tahu hendak mula dari mana. Termenung sendirian penulis ketika menaiki lif untuk ke pejabat sehingga tidak sedar ada sosok tubuh yang memerhati. "Syazni, ya? Pensyarah biologi yang baru lapor diri itu, bukan?" Sapa satu suara yang nadanya ramah dan mesra. "Ya, saya. PTFT." Ujar penulis. PTFT adalah ringkasan yang kerap diguna untuk menerangkan maksud Pensyarah Separuh Masa Sepenuh Masa, di mana ketika itu penulis masih seorang tenaga pengajar berstatus kontrak. Kenapa macam susah hati sahaja? Oh ya, saya Aishah." Soal beliau lagi sambal menghulurkan tangan untuk berjabat salam. Usai salamnya disambut, penulis terus meluahkan apa yang terbuku dalam hati sedari tadi. Aura kemesraan yang dibawa oleh beliau membuatkan penulis tidak lagi kekok dan segan. "Marilah ke pejabat saya, saya berikan fail saya, boleh dijadikan contoh," pelawa beliau sambil meneruskan perbualan ke topik yang lain. Itulah detik pertemuan dan perkenalan penulis dengan seorang individu yang amat penulis kagumi sehingga kini; Ts Dr Nor'aishah Hasan.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74186/1/74186.pdf