Pengalaman menyertai ekspedisi saintifik kepelbagaian biologi di Sungai Menyala / Lili Syahani Rusli and Dr Nor'aishah Abu Shah

Mendengar sahaja ada ruang untuk turut serta dalam Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan, kumpulan kami tidak melepaskan peluang tersebut. Ekspedisi yang berlangsung selama 5 hari bermula dari 2 hingga 6 Oktober 2022 anjuran Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus itu diadak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rusli, Lili Syahani (Author), Abu Shah, Nor'aishah (Author)
Format: Book
Published: UiTM Cawangan Negeri Sembilan, 2023-01.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mendengar sahaja ada ruang untuk turut serta dalam Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan, kumpulan kami tidak melepaskan peluang tersebut. Ekspedisi yang berlangsung selama 5 hari bermula dari 2 hingga 6 Oktober 2022 anjuran Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus itu diadakan di Hutan Simpan Sungai Menyala atau lebih dikenali sebagai PD Forest Sungai Menyala. Hutan ini unik kerana ia merupakan Hutan Dipterokap Tanah Pamah yang berada di persisiran pantai Semenanjung Malaysia. 15% daripada keluasan seluruh 1280 hektar hutan ini merupakan kawasan berpaya. Ekspedisi kali ini diketuai oleh Professor Emeritus Dato' Dr. Abdul Latiff Mohamad serta beberapa kumpulan penyelidik daripada UKM, USM, UPM, UM serta UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Walaubagaimanapun, dek kekangan masa, kumpulan penyelidikan kami hanya sempat menyertai ekspedisi ini bermula pada sebelah petang 3 Oktober sehingga 4 Oktober sahaja. Program Ekspedisi bagi kumpulan kami dibantu oleh Encik Zamani, seorang renjer Jabatan Perhutanan Negeri. Program pada sebelah pagi ditunda untuk bermula agak lewat sedikit kerana cuaca hujan dan tidak mengizinkan. Setelah hujan reda, kumpulan kami mula menjelajah Denai Warisan dan Denai Razani. Pada sebelah petang, kami meneroka pula Denai 1 dan Denai 2. Laluan Denai Warisan dan Denai Razani mempunyai tahap kesukaran yang agak mudah kerana denai-denai ini adalah laluan utama bagi kebanyakan aktiviti yang dilakukan di sini.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74276/1/74276.pdf