Pakej rangsangan ekonomi bagi kelestarian industri pelancongan di Malaysia / Mohamad Kazar Razali ... [et al.]

Penularan pandemik Covid-19 merupakan ancaman keselamatan kepada kehidupan seluruh dunia termasuklah Malaysia. Hal ini bertambah buruk kepada industri pelancongan yang hidup menerusi urusan interaksi di antara pelancong dengan tuan rumah pada destinasi pelancongan. Ancaman Covid-19 telah memberi kes...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Razali, Mohamad Kazar (Author), Mohamad, Norhaya Hanum (Author), Yaakob, Mohd Yusof (Author), Johari, Nafissah (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Perak, 2023-03.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penularan pandemik Covid-19 merupakan ancaman keselamatan kepada kehidupan seluruh dunia termasuklah Malaysia. Hal ini bertambah buruk kepada industri pelancongan yang hidup menerusi urusan interaksi di antara pelancong dengan tuan rumah pada destinasi pelancongan. Ancaman Covid-19 telah memberi kesan langsung kepada pengurusan krisis keselamatan yang telah melumpuhkan industri pelancongan pada peringkat antarabangsa termasuklah Malaysia. Pengenalan ransangan ekonomi diperlukan bagi memastikan pemkembangan ekonomi industri pelancongan dan tahap keselamatan dapat dilestarikan pada destinasi pelancongan. Kajian ini adalah bertujuan menganalisis strategi ekonomi yang telah dijalankan oleh Malaysia ketika pandemik Covid-19 ini melanda di Malaysia. Memilih Malaysia sebagai contoh dalam memperincikan strategi menghadapi pandemik Covid19 dalam industri pelancongan. Pendekatan kualitatif menerusi analisis dokumen telah dilakukan. Dapatan Malaysian Journal of Sustainable Environment kajian menunjukan terdapat sepuluh pakej rangsangan ekonomi termasuk belanjawan 2021 dengan nilai keseluruhan RM 872.5 Bilion. Ini menunjukkan faedah ekonomi dalam melestarikan industri pelancongan yang terjejas telah dilakukan merangkumi semua aspek ekonomi, dan keselamatan bagi pembangunan negara dan kepentingan rakyat. Pakej rangsangan ekonomi merupakan langkah mencapai matlamat pembangunan lestari yang diperlukan dalam menghadapi pandemik Covid-19 demi keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia. Pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi memerlukan kerjasama dari semua pemengang taruh dalam menghidupkan kembali industri pelancongan. Dasar Pemulihan Krisis Pelancongan Negara perlu diwujudkan bagi keterlibatan semua pemegang taruh industri pelancongan Malaysia.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74614/1/74614.pdf
Pakej rangsangan ekonomi bagi kelestarian industri pelancongan di Malaysia / Mohamad Kazar Razali ... [et al.]. (2023) Malaysian Journal of Sustainable Environment (MySE) <https://ir.uitm.edu.my/view/publication/Malaysian_Journal_of_Sustainable_Environment_=28MySE=29/>, 10 (1). pp. 97-124. ISSN 0128-326X