Impak pusat internet desa terhadap pembangunan komuniti luar bandar: keusahawanan sosial sebagai strategi pemangkin / Abdul Manaf Bohari

Secara umumnya, Pusat Internet Desa (PID) merupakan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang digital di Malaysia, di samping bertujuan untuk mewujudkan pembangunan seimbang di antara masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar. Sejajar dengan kemunculan zaman maklumat dan revolusi Internet global, PI...

Ful tanımlama

Kaydedildi:
Detaylı Bibliyografya
Yazar: Bohari, Abdul Manaf (Yazar)
Materyal Türü: Kitap
Baskı/Yayın Bilgisi: PENERBIT PRESS Universiti Teknologi Mara, 2012-01.
Konular:
Online Erişim:Link Metadata
Etiketler: Etiketle
Etiket eklenmemiş, İlk siz ekleyin!
Diğer Bilgiler
Özet:Secara umumnya, Pusat Internet Desa (PID) merupakan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang digital di Malaysia, di samping bertujuan untuk mewujudkan pembangunan seimbang di antara masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar. Sejajar dengan kemunculan zaman maklumat dan revolusi Internet global, PID dilihat sebagai pusat yang berperanan dalam membangunkan komuniti masyarakat luar bandar melalui penyediaan kemudahan, infrastruktur dan infostruktur berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk menilai aktiviti-akiviti yang dijalankan di PID dan bagaimana PID memberi impak terhadap pembangunan komuniti khususnya dalam konteks pembangunan Sosial-ekonomi masyarakat. Kajian deskriptif ini adalah menggunakan soal selidik sebagai sumber maklumar dan PID Bukit Kayu Hitam (PID BKH) di Kedah telah dipilih sebagai lokasi kajian. Temubual berstruktur juga turut digunakan khususnya bagi memperolehi gambaran yang lebih jelas mengenai aktiviti dan operasi PID di kawasan kajian. Bagi memantapkan kajian, temubual pakar dilakukan sebagai cara mendapatkan panduan dan penerangan menyeluruh berkenaan PID BKH. Secara umumnya, hasil kajian menunjukkan bahawa PID BKH memberikan kesan yang positif kepada pembangunan Komunili setempat khususnya pembangunan pengetahuan dan kemahiran berkaitan ICT. PID BKH juga berperanan dalam mewujudkan suasana perniagaan dalam talian, mempertingkatkan komunikasi dan kegiatan sosial, dan sekaligus berperanan sebagai pusat kegiatan masyarakat luar bandar. Kajian ini mencadangkan keusahawanan sosial sebagai cara untuk mempertingkatkan keupayaan PHD BKH sebagai pusat pembagunan komuniti masyarakat luar bandar sekaligus membantu mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat di masa hadapan.
Diğer Bilgileri:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77895/1/77895.pdf