Peningkatan paras karbon: implikasi tidak mematuhi etika alam sekitar / Nurun Nadhirah Md Isa ...[et al.]

Islam menekankan kepada kepentingan penjagaan alam sekitar kepada umatnya kerana setiap apa yang ada pada masa sekarang hanyalah pinjaman dari generasi akan datang. Oleh itu, telah wujud etika alam sekitar iaitu satu disiplin yang dikategorikan sebagai suatu kajian falsafah. Ia diharapkan dapat menj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md Isa, Nurun Nadhirah (Author), Nawi, Liliwirianis (Author), Ismail, Mardhiah (Author), Musa, Nor Lailatul Wahidah (Author), Mohd Jan, Sarah Laila (Author), Mat Hussin, Zurhana (Author), Shaikh Nasir, Nur Thabitah (Author)
Format: Book
Published: 2016.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Islam menekankan kepada kepentingan penjagaan alam sekitar kepada umatnya kerana setiap apa yang ada pada masa sekarang hanyalah pinjaman dari generasi akan datang. Oleh itu, telah wujud etika alam sekitar iaitu satu disiplin yang dikategorikan sebagai suatu kajian falsafah. Ia diharapkan dapat menjadi penyelesaian kepada masalah krisis alam sekitar global yang dihadapi sekarang. Bidang etika alam sekitar ini juga mempunyai hubung kait dengan bidang-bidang lain iaitu Geografi dan Ekologi. Apabila etika alam sekitar tidak dipatuhi pelbagai masalah alam sekitar akan timbul. Salah satu masalah alam sekitar yang muncul adalah peningkatan karbon di dalam persekitaran. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan paras karbon, kesan dan langkah langkah yang telah dan sedang diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Kajian kepustakaan adalah kaedah yang digunakan dalam menyiapkan kajian ini. Buku dan jurnal dijadikan bahan rujukan utama dalam mendalami objektif kajian. Didapati kebanyakan faktor yang menjadi penyebab kepada peningkatan paras karbon adalah disebabkan oleh sikap manusia yang tidak patuh kepada prinsip-prinsip yang telah digubal di dalam etika alam sekitar. Dalam masa yang sama, kerakusan manusia mengeksploitasi sumber alam semulajadi dan sekaligus membelakangkan etika alam sekitar yang telah wujud.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78522/1/78522.pdf