Peranan serta sumbangan ilmuan islam tanah melayu dalam perkongsian ilmu: suatu sorotan / Muhammad Muzakkir Othman ...[et al.]

Konsep ilmu dan ilmuan adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dalam dunia keilmuan. Kombinasi keduanya akan melahirkan sinergi atau kekuatan untuk kelestarian ilmu termasuklah dalam dunia keilmuan Islam. Ini kerana ilmu adalah sesuatu yang perlu disebarkan, ianya pasti memerlukan kepada kesunggu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Othman, Muhammad Muzakkir (Author), Mohamed, Asjad (Author), Mohd Sobki, Ibrahim (Author), Wan Ahmad, Wan Azmi (Author), Mohd Zahari, Siti Zafrina (Author)
Format: Book
Published: 2016.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Konsep ilmu dan ilmuan adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dalam dunia keilmuan. Kombinasi keduanya akan melahirkan sinergi atau kekuatan untuk kelestarian ilmu termasuklah dalam dunia keilmuan Islam. Ini kerana ilmu adalah sesuatu yang perlu disebarkan, ianya pasti memerlukan kepada kesungguhan serta usaha yang berterusan terutamanya dari ilmuan itu sendiri. Ianya juga amat bertepatan dengan saranan Rasulullah SAW yang menyarankan supaya ilmu itu disebarkan serta dikongsikan kepada seluruh masyarakat agar manfaatnya dapat dikongsikan bersama. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kualitatif dengan melakukan analisis kandungan terhadap kajian-kajian lepas. Skop kajian ini memfokuskan kepada konsep ilmu dan ilmuan menurut perspektif Islam. Begitu juga peranan yang perlu dimainkan oleh seorang ilmuan khususnya ilmuan Islam Tanah Melayu untuk memastikan agar segala ilmu yang dimiliki tidak akan berkubur begitu sahaja. Fokus kepada ilmuan Tanah Melayu tersebut akan ditinjau daripada pelbagai disiplin ilmu samada ilmu agama dan kemasyarakatan. Objektif kajian ini untuk merungkai sejauh mana kesan yang telah dibawa oleh para ilmuan tersebut terhadap pembangunan intelektual dan budaya ilmu di kalangan masyarakat. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat sangat ramai ilmuan Islam yang menyumbang dalam perkongsian ilmu walaupun terkadang di kalangan mereka kurang dikenali umum. Dapatan kajian ini juga menyumbang kepada kesedaran yang lebih mendalam terhadap sumbangan ilmuan Islam khususnya di Tanah Melayu.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78569/1/78569.pdf