Motivasi penontonan filem di netflix dalam kalangan rakyat Malaysia semasa pandemik covid-19 / Nursajidah binti Yusof and Mohd Syuhaidi Abu Bakar
Menurut kajian terkini, Netflix telah menjadi platform penontonan pilihan bagi orang ramai sepanjang pandemik COVID-19. Kajian ini dijalankan untuk meneroka motivasi penontonan filem di Netflix dalam kalangan rakyat Malaysia semasa pandemik COVID-19. Kaedah kualitatif telah digunakan untuk meneroka...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
Universiti Teknologi MARA, Sabah,
2022-06.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Menurut kajian terkini, Netflix telah menjadi platform penontonan pilihan bagi orang ramai sepanjang pandemik COVID-19. Kajian ini dijalankan untuk meneroka motivasi penontonan filem di Netflix dalam kalangan rakyat Malaysia semasa pandemik COVID-19. Kaedah kualitatif telah digunakan untuk meneroka motivasi yang telah mendorong rakyat Malaysia menonton filem di Netflix. Pemilihan informan pula adalah menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling) di mana kajian ini telah menemu bual sebanyak 10 orang informan yang telah melanggan Netflix. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat beberapa perkara yang memotivasikan rakyat Malaysia untuk menonton filem di Netflix semasa pandemik COVID-19 ini, iaitu dari segi masa, umur dan perkembangan teknologi. Dari segi masa, rakyat Malaysia menonton Netflix untuk mengurangkan kebosanan, ada pilihan dalam pengurusan masa, mengisi masa lapang, boleh menonton dalam mengikut masa kelapangan, mengurangkan tekanan, dan keselesaan dalam memilih jadual penontonan. Kemudian, dari segi umur, seseorang itu bermotivasi untuk menonton Netflix disebabkan oleh faktor kebebasan penontonan tanpa had dan faktor pilihan peringkat umur dalam penontonannya. Dari segi perkembangan teknologi pula, seseorang bermotivasi untuk menonton Netflix kerana penggunaan teknologi canggih, mudah di akses, menjimatkan masa, menjimatkan kos, adanya produk filem berkaitan teknologi, dan kemudahan internet yang dimiliki. Dapatan kajian juga mendapati terdapat motivasi lain untuk menonton filem di Netflix semasa pandemik COVID-19, iaitu dari segi pengaruh rakan, media sosial, fizikal dan mental, mengurangkan tekanan, mesra pengguna, pengiklanan, minat, dan kualiti filem dan jalan penceritaan. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan untuk kajian masa depan mengenai Netflix. |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80375/1/%285%29%2080375.pdf |