Interaksi masyarakat majmuk di Malaysia menurut perspektif Al-Quran / Mohd Zahimie Mohd Dzahid ... [et al.]

Malaysia merupakan negara yang mampu menghimpunkan pelbagai bangsa dan agama bernaung di bawah satu entiti yang sama. Kemajmukan ini sudah pasti membawa kepada berlakunya interaksi yang merentasi sempadan kaum dan agama. Maka, hubungan ini memerlukan kepada suatu asas yang kukuh agar interaksi secar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Dzahid, Mohd Zahimie (Author), Meerangani, Khairul Azhar (Author), Ahmad Zahidi, Muhammad Dzarif (Author), Mohd Noh, Nor Asree (Author), Norbit, Ahmad Nurilakmal (Author)
Format: Book
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), 2022-05.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Malaysia merupakan negara yang mampu menghimpunkan pelbagai bangsa dan agama bernaung di bawah satu entiti yang sama. Kemajmukan ini sudah pasti membawa kepada berlakunya interaksi yang merentasi sempadan kaum dan agama. Maka, hubungan ini memerlukan kepada suatu asas yang kukuh agar interaksi secara harmoni mampu ditonjolkan dalam rangka mengekalkan kerukunan dan perpaduan hidup bermasyarakat yang telah terbina sejak sekian lama. Justeru, kajian ini bertujuan menjelaskan prinsip asas interaksi majmuk di Malaysia menurut perspektif alQuran. Kajian dijalankan secara kualitatif menerusi sorotan terhadap nas-nas al-Quran serta pandangan para sarjana Muslim klasik dan kontemporari dan seterusnya dianalisis secara induktif bagi merumuskan perspektif Islam dalam memandu interaksi majmuk di Malaysia. Inisiatif ini dilihat sebagai suatu usaha bagi mengukuhkan serta mengharmonikan hubungan sosial manusia berbilang bangsa dan agama di samping menjernihkan persepsi negatif terhadap ajaran Islam itu sendiri yang sememangnya menekankan prinsip kesejagatan ('alamiyyah), komprehensif (syumuliyyah), keseimbangan (wasatiyyah) dan reflektif (waq'iyyah). Tuntasnya, prinsip interaksi majmuk berpandukan nas al-Quran, teks al-Hadis serta pandangan para sarjana Muslim ini dengan mengambil kira realiti semasa yang wujud di Malaysia pada hari dilihat telah menyediakan asas yang mapan dan holistik sebagai teras dalam hubungan sosial di Malaysia.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81264/1/81264.pdf