Kritikan terhadap Garis Panduan Tadbir Urus Syariah (GP28) dalam koperasi di Malaysia / Mohamad Fadhilah Al Hakkam Othman, Mat Noor Mat Zin and Nurul Ilyana Muhd Adnan

Aspek tadbir urus dalam sektor koperasi memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan tanggungjawab, akauntabiliti dan keberkesanan koperasi konvensional dan Syariah. Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengeluarkan Garis Panduan Tadbir Urus Syariah (GP28) bagi mengukuhkan prins...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Othman, Mohamad Fadhilah Al Hakkam (Author), Mat Zin, Mat Noor (Author), Muhd Adnan, Nurul Ilyana (Author)
Format: Book
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), 2022-05.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aspek tadbir urus dalam sektor koperasi memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan tanggungjawab, akauntabiliti dan keberkesanan koperasi konvensional dan Syariah. Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengeluarkan Garis Panduan Tadbir Urus Syariah (GP28) bagi mengukuhkan prinsip Syariah dalam sektor koperasi. Namun, timbul persoalan bagaimanakah tadbir urus Syariah dilaksana? Objektif kajian ini adalah mengkaji kekurangan serta kelemahan dalam garis panduan tadbir urus Syariah (GP28) yang dikeluarkan oleh pihak SKM, menganalisis pengawalseliaan perlaksanaan tadbir urus Syariah di koperasi serta mencadangkan kaedah penguatkuasaan terhadap perlaksanaan tadbir urus Syariah di koperasi agar dapat ditingkatkan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis dokumen dan analisis kandungan. Hasil daripada kajian mendapati bahawa perlaksanaan GP28 memerlukan kepada beberapa penambahbaikan kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbaiki untuk memastikan tadbir urus Syariah koperasi menjadi lebih baik. Kajian juga mendapati pengawalseliaan tadbir urus Syariah di peringkat koperasi dilihat kurang berkesan atas faktor tertentu. Selain itu, tidak wujud undang-undang penguatkuasaan tadbir urus Syariah dalam koperasi Islam. Kajian ini penting bagi memberi kesedaran kepada pengendali dan juga staf koperasi bagi memastikan perlaksanaan tadbir urus Syariah lebih berjaya di peringkat koperasi pada masa akan datang.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81304/1/81304.pdf