Penerimaan dan kesediaan pembelajaran dalam talian dalam kalangan mahasiswa baharu KUIPSAS pada musim pandemik COVID-19 / Nor Zahidah Ahmad, Nur Shuhadak Ismail and Khairun Nisaa Mohd

Kajian tinjauan ini dijalankan dalam kalangan mahasiswa Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS). Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan dan faktor penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan mahasiswa baharu dalam situasi pandemik COVID-19. Data kuantitati...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Nor Zahidah (Author), Ismail, Nur Shuhadak (Author), Mohd, Khairun Nisaa (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Sabah, 2021-12.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tinjauan ini dijalankan dalam kalangan mahasiswa Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS). Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan dan faktor penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan mahasiswa baharu dalam situasi pandemik COVID-19. Data kuantitatif dikumpul melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 198 responden yang terdiri daripada pelajar semester satu program asasi, diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Hasil kajian mendapati bahawa tahap penerimaan dan kesediaan pelajar mengikuti sistem pembelajaran secara dalam talian adalah pada tahap memuaskan. Namun, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penerimaan pelajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian secara mod penuh. Kekangan kemudahan internet merupakan antara faktor utama masalah kelancaran PdP di sesetengah kawasan tempat tinggal pelajar terutama pelajar yang berada di kawasan pedalaman. Adaptasi sistem pengajian juga menjadi fokus utama dalam penerimaan pelajar terhadap e-pembelajaran. Hasil kajian juga mendapati penerimaan responden terhadap penggunaan e-pembelajaran adalah pada tahap memuaskan kerana majoriti responden memahami keseluruhan konsep dan tanggungjawab yang harus dimainkan dalam melaksanakan e-pembelajaran. Secara keseluruhan, responden menerima secara positif penggunaan e-pembelajaran bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82259/2/82259.pdf