Penguasaan Suku Kata Tertutup (SKT) tulisan jawi dalam kalangan murid tahun tiga / Azman Che Mat, Siti Athirah Mohd Anwar and Azarudin Awang

Tulisan Jawi merupakan tulisan yang dikenali di nusantara khasnya di alam Melayu. Meskipun tulisan Jawi tidak lagi digunakan secara meluas, namun di Malaysia pengajaran dan pembelajaran (PnP) tulisan Jawi masih berlaku di sekolah kebangsaan Melayu memandangkan ia merupakan sebahagian daripada warisa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Che Mat, Azman (Author), Mohd Anwar, Siti Athirah (Author), Awang, Azarudin (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Sabah, 2021-12.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tulisan Jawi merupakan tulisan yang dikenali di nusantara khasnya di alam Melayu. Meskipun tulisan Jawi tidak lagi digunakan secara meluas, namun di Malaysia pengajaran dan pembelajaran (PnP) tulisan Jawi masih berlaku di sekolah kebangsaan Melayu memandangkan ia merupakan sebahagian daripada warisan kebudayaan bangsa. Namun, pengajaran dan pembelajaran (PnP) tulisan Jawi juga mempunyai cabaran, khasnya sistem ejaan Jawi yang digunakan sukar dikuasai oleh pelajar seperti penggunaan suku kata tertutup (SKT). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran murid mengenal dan menggunakan SKT serta menyingkap faktor yang menyebabkan SKT sukar dikuasai. Sebanyak 10 orang murid terlibat dalam kajian ini sebagai peserta kajian termasuk seorang guru yang mengajar pelajaran Jawi. Instrumen soal selidik, kertas ujian dan temu bual separa berstruktur digunakan untuk mengutip data. Data yang dikutip kemudian dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan gambaran sebenar situasi yang berlaku dalam sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan ada responden dapat menggunakan SKT pada perkataan tertentu, dan kebanyakan mereka masih keliru dan tidak menguasai SKT dengan baik. Kajian ini juga mendapati faktor seperti masa yang diperuntukan dan kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan secara lebih kreatif mengikut tahap kognitif pelajar yang lebih cenderung untuk aktiviti permainan yang meyeronokkan. Kajian ini penting kerana ia mampu menunjukkan pola penerimaan dan penguasaan tulisan Jawi yang membuka kepada kajian selanjutnya khususnya dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah di Malaysia.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82260/2/82260.pdf