Pemikiran Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari berkaitan isu lokaliti dan pemindahan zakat: analisis terhadap kitab Sabil al-Muhtadin / Muhd Imran Abd Razak
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari adalah seorang sarjana Islam yang berasal daripada Martapura, Banjarmasin. Antara karya beliau yang popular adalah kitab Sabil al-Muhtadin yang menjadi rujukan utama kepada pengajian fiqh syafi'i di Nusantara. Penulisan artikel ini memfokuskan kepada pemikiran...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
2016.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari adalah seorang sarjana Islam yang berasal daripada Martapura, Banjarmasin. Antara karya beliau yang popular adalah kitab Sabil al-Muhtadin yang menjadi rujukan utama kepada pengajian fiqh syafi'i di Nusantara. Penulisan artikel ini memfokuskan kepada pemikiran Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam beberapa isu zakat semasa terutamanya isu lokaliti dan pemindahan hasil zakat. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif sepenuhnya dengan menggunakan kajian kepustakaan dan kajian teks sebagai instrumen utama. Kajian kepustakaan menumpukan kepada kajian-kajian lepas yang pernah dijalankan berkaitan tokoh ini samada dalam bentuk jurnal, buku dan kertas kerja persidangan. Kajian kepustakaan juga turut digunakan bagi memperincikan perbincangan fiqh terhadap isu yang dikaji. Pendekatan kajian teks (matan) juga dilakukan terhadap kitab Sabil al-Muhtadin terutamanya ketika meneliti pemikiran Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam isu lokaliti dan pemindahan zakat serta membandingkannya dengan pandangan sarjana Islam silam dan kontemporari. Artikel ini memberikan nilai tambah terhadap isu yang dikaji dan mencadangkan penambaikan terhadap sistem sedia ada terutamanya dalam isu pemindahan hasil zakat antara wilayah dan negeri di Malaysia. |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83065/1/83065.pdf |