Hasil item tolakan pengiraan zakat pendapatan dari kumpulan focus muzzaki M40 untuk Zakat Pulau Pinang / 'Imaaduddin Abdul Halim ... [et al.]

Zakat pendapatan merupakan salah satu zakat yang perlu dikeluarkan oleh umat Islam yang berkelayakan mengikut kadar pendapatan bersih tahunan. Pendapatan bersih bermaksud pendapatan tahunan yang akan ditolak dengan item tolakan dibenarkan oleh pusat zakat negeri seperti tolakan untuk diri sendiri, t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Halim, 'Imaaduddin (Author), Warris, Saiful Nizam (Author), Che Saad, Muhammad (Author), Mohd Radzi, Hisyam (Author), Abdullah, Dahlan (Author), Mohamad Japeri, Ahmad Zia Ul-Saufie (Author)
Format: Book
Published: Unit Penerbitan JSKM, 2023-04.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Zakat pendapatan merupakan salah satu zakat yang perlu dikeluarkan oleh umat Islam yang berkelayakan mengikut kadar pendapatan bersih tahunan. Pendapatan bersih bermaksud pendapatan tahunan yang akan ditolak dengan item tolakan dibenarkan oleh pusat zakat negeri seperti tolakan untuk diri sendiri, tanggungan, penginapan, simpanan (tabung haji dan kwsp) dan lain-lain. Item tolakan ini perlu dikemaskini bagi memastikan ia sentiasa mengikuti perkembangan zaman dan ekonomi semasa. Oleh itu, satu kumpulan fokus muzzaki diwujudkan dari kalangan M40 bagi mengenalpasti item tolakan yang terkini untuk dicadangkan kepada Zakat Pulau Pinang. Kumpulan fokus ini terdiri daripada 4 orang muzzaki yang bekerja di sektor kerajaan, swasta dan usahawan. Sesi kumpulan fokus ini telah diadakan di Hotel Eastern & Oriental, Pulau Pinang pada 4 September 2022. Sesi ini telah berjalan selama 4 jam dan telah dikendalikan oleh 2 orang moderator. Peserta kumpulan fokus telah diberi ruang untuk menyuarakan item yang dirasakan perlu dicadangkan dalam tolakan pengiraan zakat mengikut parameter yang telah disenaraikan seperti makanan, perlindungan, kesihatan, pakaian, pendidikan, pengangkutan, perancangan kewangan, gaya hidup dan lain-lain. Kertas kerja ini menyenaraikan hasil cadangan item tolakan yang terdiri daripada parameter makanan (5 item), perlindungan (27 item), kesihatan (15 item), pakaian (7 item), pendidikan (20 item), pengangkutan (16 item), perancangan kewangan (13 minit), gaya hidup (12 item) dan lain-lain (5 item).
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83232/1/83232.pdf