Faktor pemilihan dan faedah homeschooling / Fadzilawani Astifar Alias ... [et al.]

Salah satu alternatif pendidikan bagi anak-anak pada masa kini adalah homeschooling. Berbeza dengan kaedah pembelajaran pendidikan formal secara umumnya, homeschooling menggunakan kaedah belajar dan mengajar di rumah. Melalui homeschooling ini, ibubapa boleh menentukan sendiri kaedah pembelajaran ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Alias, Fadzilawani Astifar (Author), Mahlan, Siti Balqis (Author), Shamsuddin, Maisurah (Author), Ahmad, Nurhafizah (Author)
Format: Book
Published: Unit Penerbitan JSKM, 2023-04.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Salah satu alternatif pendidikan bagi anak-anak pada masa kini adalah homeschooling. Berbeza dengan kaedah pembelajaran pendidikan formal secara umumnya, homeschooling menggunakan kaedah belajar dan mengajar di rumah. Melalui homeschooling ini, ibubapa boleh menentukan sendiri kaedah pembelajaran yang sesuai kepada anak-anak mereka mengikut kemampuan, gaya pembelajaran dan minat anak-anak mereka sendiri. Selain itu, ibubapa boleh mengajar anak mereka sendiri atau menjemput tenaga pengajar ke rumah untuk mengajar anak mereka bersesuaian dengan sistem pendidikan formal. Homeschooling merupakan kaedah belajar yang mempunyai manfaat yang sama seperti pendidkan formal cuma ianya berlangsung dari rumah. Homeschooling dapat menanamkan rasa seronok untuk belajar dengan memberikan kebebasan belajar dengan memilih tempat dan masa yang bersesuaian. Ia juga dapat memberi kesedaran kepada ibubapa bahawa belajar bukan hanya dapat dijalankan secara formal tetapi ia juga dapat dijalankan secara terbuka dan santai termasuk di rumah. Walaubagaimanapun, kaedah ini masih dianggap baru di Malaysia dan ramai ibubapa masih belum terdedah dan faham akan kaedah homeschooling ini. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan kaedah homeschooling ini menjadi pilihan ibubapa pada masa kini dan mengkaji faedah pembelajaran secara homeschooling. Kajian ini diharapkan dapat memberi sedikit pendedahan kepada ibubapa tentang konsep homeschooling dan memberi pilihan kepada ibubapa untuk menyediakan pendidikan kepada anak-anak dengan cara yang terbaik.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83285/1/83285.pdf