Kajian kromatografi dan kemiluminesen sebatian kimia dalam teh / Ibtisam Abdul Wahab ... [et al.]

Umumnya, ekstrak daun teh (spesis Camellia) menjadi salah satu minuman kegemaran penduduk dunia. Kebanyakan penyelidik menjalankan ujikaji antioksida ke atas ekstrak ini. Fenolik terutamanya, merupakan sebatian yang menawarkan kebaikan teh kepada kesihatan manusia. Fenolik yang penting di dalam teh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Wahab, Ibtisam (Author), Ishak, Nor Idha Liana (Author), Jalani, Kathleen J. (Author), Mohsin, Hannis Fadzillah (Author)
Format: Book
Published: 2017.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Umumnya, ekstrak daun teh (spesis Camellia) menjadi salah satu minuman kegemaran penduduk dunia. Kebanyakan penyelidik menjalankan ujikaji antioksida ke atas ekstrak ini. Fenolik terutamanya, merupakan sebatian yang menawarkan kebaikan teh kepada kesihatan manusia. Fenolik yang penting di dalam teh adalah katechin. Komposisi kimia ini mendapat fokus di dalam kajian kerana sebatian ini adalah dominan di dalam ekstrak teh. Peranan aktiviti antioksida ini, asasnya, dimainkan oleh molekul fenolik. Namun, kuantitinya menurun semasa proses fermentasi teh. Penyelidikan ini diharapkan dapat menilai amaun pirogallol, iaitu komponen di dalam katechin, yang wujud di dalam pelbagai jenis teh. Dari kajian literatur, pirogallol menunjukkan ciri-ciri antioksida dan antitumor yang tinggi. Metodologi yang terlibat di dalam kajian ini, termasuklah analisis kajian kromatografi lapisan nipis dan assay kemiluminesen. Oleh yang demikian, pemerhatian secara kualitatif dilakukan, berbanding pengukuran secara kuantitatif. Daripada hasil eksperimen, pirogallol dapat dikesan dengan menggunakan teknik kromatografi tersebut. Di samping itu, tindakbalas kemiluminesen menunjukkan luminasi berwarna merah dari ekstrak teh hijau. Kajian ini secara tidak langsungnya, dapat meningkatkan pengetahuan mengenai konsep kimia di kalangan siswazah.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83458/1/83458.pdf