Kesilapan sebutan bahasa Arab dalam kalangan bukan penutur jati / Ahmad Zulfadhli Nokman ... [et al.]
Kemahiran pertuturan merupakan salah satu kemahiran penting dalam pembelajaran bahasa. Hal ini kerana bahasa merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan sesuatu maksud kepada orang lain. Oleh sebab itu, kemahiran ini mesti dikuasai dengan sebaiknya supaya maksud yang ingin disampaikan mencapai matl...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
2017.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kemahiran pertuturan merupakan salah satu kemahiran penting dalam pembelajaran bahasa. Hal ini kerana bahasa merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan sesuatu maksud kepada orang lain. Oleh sebab itu, kemahiran ini mesti dikuasai dengan sebaiknya supaya maksud yang ingin disampaikan mencapai matlamatnya. Salah satu aspek yang penting dalam kemahiran ini ialah sebutan perkataan bagi sesuatu bahasa. Secara umumnya, setiap bahasa mempunyai keunikan sebutan yang tersendiri. Malah, aspek sebutan inilah yang paling jelas membezakan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain termasuk bahasa Arab. Bahasa Arab mempunyai beberapa sebutan yang berbeza dengan bahasa Melayu. Jadi, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesilapan dalam sebutan bahasa Arab dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Metodologi yang digunakan ialah pendekatan kualitatif untuk tujuan mengumpul, menganalisis dan menilai data yang diperolehi. Dua orang peserta kajian telah dipilih untuk mencapai maksud tersebut dengan mengadakan ujian sebutan berasaskan instrumen senarai semak yang berpandukan teori pengajaran ilmu Tajwid Abdul Qadir Leong Al-Azhari. Dapatan kajian menunjukkan memang wujud kesilapan pada sebutan bahasa Arab akibat daripada pengaruh bahasa pertama bagi sebutan tertentu. Kajian yang lebih menyeluruh perlu dijalankan untuk mendapatkan gambaran yang lebih persis dan jitu pada masa akan datang. |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83483/1/83483.pdf |