Aliran pertuturan bahasa rojak dalam kalangan pengguna Facebook di Malaysia / Mohd Syuhaidi Abu Bakar and Aliffluqman Mohd Mazzalan
Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan memerlukan sokongan padu dan komitmen daripada masyarakat terutama dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), di mana ledakan ICT, internet dan media sosial menyebabkan berleluasanya pencemaran bahasa menerusi penggunaan perkataan ringkas ketika berkomun...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
2018.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan memerlukan sokongan padu dan komitmen daripada masyarakat terutama dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), di mana ledakan ICT, internet dan media sosial menyebabkan berleluasanya pencemaran bahasa menerusi penggunaan perkataan ringkas ketika berkomunikasi. Facebook merupakan laman sosial yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun, dalam keghairahan mereka menggunakan Facebook, mereka sering menggunakan percampuran bahasa atau bahasa rojak dalam kehidupan harian mereka. Aliran pertuturan bahasa rojak, iaitu campuran bahasa Melayu dan Inggeris dikatakan merupakan cerminan sikap dan ketidakyakinan rakyat Malaysia terhadap bahasa Melayu, dan penggunaan bahasa kebangsaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aliran pertuturan penggunaan bahasa rojak yang digunakan di laman sosial Facebook di negara ini. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif yang mana data diperoleh sepenuhnya menerusi analisis isi kandungan. Seramai 25 orang informan terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada pengguna laman sosial Facebook. Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan bahasa rojak, iaitu campuran bahasa Melayu dan Inggeris dalam laman sosial Facebook adalah amat ketara digunakan oleh pengguna di Malaysia. Ini menunjukkan cerminan sikap dan ketidakyakinan rakyat Malaysia terhadap penggunaan bahasa Melayu di laman sosial. Dapatan ini juga membuktikan bahawa masalah bahasa rojak di laman sosial perlu dilihat dengan lebih serius supaya bahasa kebangsaan dapat dimartabatkan kepada kedudukan yang sepatutnya. |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86185/1/86185.pdf |