Pembinaan instrumen pentaksiran ekstensif modifikasi permainan kategori memadang dalam mata Pelajaran Pendidikan Jasmani tahun 5 / Hanapiah Khamis, Azali Rahmat and Norkhalid Salimin

Pentaksiran dalam mata pelajaran Pelajaran Pendidikan Jasmani seharusnya lebih menyeluruh, holistik dan realistik merangkumi penilaian domain psikomotor, kognitif, afektif dan juga elemen penaakulan. Namun begitu, kebanyakan guru yang mengajar Pendidikan Jasmani tidak mahir dan cekap dalam membina i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khamis, Hanapiah (Author), Rahmat, Azali (Author), Salimin, Norkhalid (Author)
Format: Book
Published: 2018.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pentaksiran dalam mata pelajaran Pelajaran Pendidikan Jasmani seharusnya lebih menyeluruh, holistik dan realistik merangkumi penilaian domain psikomotor, kognitif, afektif dan juga elemen penaakulan. Namun begitu, kebanyakan guru yang mengajar Pendidikan Jasmani tidak mahir dan cekap dalam membina item pentaksiran. Selain itu, pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru di sekolah tidak menilai secara keseluruhan dan tiada dokumen standard yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani dalam menilai tahap pencapaian murid berkaitan tajuk kemahiran permainan. Kajian ini bertujuan untuk membina instrumen Pentaksiran Ekstensif Modifikasi Permainan Kategori Memadang dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5. Proses pembinaan instrumen Pentaksiran Ekstensif adalah berpandukan kepada Model ADDIE dan Model Morrow. Selain itu, teori-teori berkaitan pentaksiran yang dijadikan rujukan antaranya Teori Taksonomi Dave bagi domain psikomotor, Teori Taksonomi Bloom Revisi bagi domain kognitif, Teori Taksonomi Bloom bagi domain afektif, dan Game Assessment Performance Instrument (GPAI) bagi elemen penaakulan. Kesemua teori pembelajaran dan pentaksiran dijadikan sebagai panduan dalam proses membina, mereka bentuk dan pembangunan instrumen Pentaksiran Ekstensif secara keseluruhan. Perbincangan tertumpu kepada proses pembinaan instrumen Pentaksiran Ekstensif dan melibatkan instrumen pentaksiran psikomotor, kognitif, afektif dan instrumen penilaian prestasi permainan. Reka bentuk kajian ini merupakan kombinasi antara deskriptif dan praeksperimen - kajian kes sekali (the one-shot case study). Hasil daripada kajian ini pengkaji dapat menghasilkan instrumen pentaksiran yang holistik dan standard bagi mentaksir kemahiran permainan kategori memadang dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86499/1/86499.pdf