Program UiTM Alumni Fun Run 2023 Cawangan Negeri Sembilan / Asmahanim Haji Mohamad Yusuf ... [et al.]

UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah menganjurkan UiTM Alumni Fun Run 2023 buat julung kalinya pada 28 Oktober yang lalu dan dilaksanakan secara serentak di 13 cawangan UiTM seluruh Malaysia bersempena Hari Alumni 2023. UiTM Alumni Fun Run 2023 merupakan inisiatif 'Alumni Network Center (ANC)�...

Ful tanımlama

Kaydedildi:
Detaylı Bibliyografya
Asıl Yazarlar: Mohamad Yusuf, Asmahanim (Yazar), Abd Khalid, Nur Hafizah (Yazar), Zainal Abidin, Nur Amirah Nabihah (Yazar), Hasan, Fatin Aliyah (Yazar), Mohd Salim, Mohd Nur Fitri (Yazar)
Materyal Türü: Kitap
Baskı/Yayın Bilgisi: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan, 2023-11.
Konular:
Online Erişim:Link Metadata
Etiketler: Etiketle
Etiket eklenmemiş, İlk siz ekleyin!
Diğer Bilgiler
Özet:UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah menganjurkan UiTM Alumni Fun Run 2023 buat julung kalinya pada 28 Oktober yang lalu dan dilaksanakan secara serentak di 13 cawangan UiTM seluruh Malaysia bersempena Hari Alumni 2023. UiTM Alumni Fun Run 2023 merupakan inisiatif 'Alumni Network Center (ANC)' dari Unit Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (ICAN) yang bertujuan untuk mengumpulkan alumni UiTM dalam satu aktiviti yang menyihatkan dan menyeronokkan di kampus cawangan UiTM terpilih di seluruh Malaysia. Pelancaran program larian dirasmikan di atas talian secara langsung dari UiTM Shah Alam yang disiarkan melalui kaca televisyen. UiTM Alumni Fun Run 2023 Cawangan Negeri Sembilan telah diadakan di Taman Tasik Seremban dengan kerjasama bersama Majlis Bandaraya Seremban. Aktiviti ini bermula dari pukul 6.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Seramai 204 peserta terdiri daripada alumni, staf, pelajar dan komuniti telah menyertai larian sejauh 3km diiringi oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Yang Amat Berhormat Dato Seri Haji Aminuddin Harunyang turut serta dalam acara larian itu diiringi oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Yang Berbahagia Dato' Masri Bin Haji Razali dan Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Yang Berbahagia Profesor Dr. Yamin Yasin.
Diğer Bilgileri:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90224/1/90224.pdf