Perkhidmatan perniagaan pengantaraan (e-hailing) pilihan pekerjaan ekonomi GIG / Faddliza Mohd Zaki

Perniagaan Pengantaraan (e-hailing) ialah satu perkhidmatan yang disediakan untuk menempah perkhidmatan pengangkutan awam melalui aplikasi elektronik (Kementerian Pengangkutan Malaysia, 2023). Berdasarkan ketetapan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), kenderaan ehailing merupakan kenderaan motor y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Zaki, Faddliza (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan, 2023-10.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perniagaan Pengantaraan (e-hailing) ialah satu perkhidmatan yang disediakan untuk menempah perkhidmatan pengangkutan awam melalui aplikasi elektronik (Kementerian Pengangkutan Malaysia, 2023). Berdasarkan ketetapan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), kenderaan ehailing merupakan kenderaan motor yang muatan tempat duduknya empat (4) orang dan tidak lebih daripada sebelas (11) orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang dalam mana-mana perjalanan yang dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih. E-hailing merupakan pekerjaan yang semakin mendapat perhatian dan popular di kalangan masyarakat kesan kegawatan ekonomi. Impak daripada fenomena wabak COVID-19 yang menyerang seluruh dunia beberapa tahun yang lepas, e-hailing menjadi salah satu pilihan pekerjaan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi buat mereka yang kehilangan pekerjaan. Kini, belia yang celik teknologi cenderung untuk memilih e-hailing sebagai pekerjaan yang membantu penjanaan pendapatan untuk melangsungkan kehidupan. Berdasarkan statistik lesen pengendali & permit kenderaan APAD sehingga 30 April 2023, sebanyak 115,292 permit kenderaan e-hailing telah dikeluarkan (APAD, 2023). Persoalannya, adakah pekerjaan e-hailing relevan sebagai pekerjaan berjangka panjang?
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90234/1/90234.pdf